KUALA LUMPUR:Kontraktor utama dan subkontraktor projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) dikenakan penalti berjumlah RM180,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak pada 19 Sept sehingga menyebabkan kepingan konkrit terjatuh menghempap sebuah kereta.
Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam satu kenyataan hari ini, kontraktor utama, MRCB Builders Sdn Bhd dikenakan penalti sebanyak RM80,000 manakala subkontraktor, Makna Setia Sdn Bhd, RM100,000.
Kedua-dua kontraktor berkenaan masing-masing dikenakan penalti mengikut Seksyen 34B(1)(c) dan Seksyen 34C(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 iaitu kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas pembinaan.
"Hasil siasatan CIDB mendapati subkontraktor turut tidak mengikut prosedur kerja yang betul dan mempunyai penyelia tapak yang tidak diakreditasi.
"Berikutan itu, subkontraktor berkenaan telah diarah membuat penambahbaikan dalam prosedur keselamatan termasuk menghantar pekerja, penyelia tapak dan pengurus pembinaan untuk diakreditasi," menurut kenyataan itu.
BACA: Wanita nyaris maut bongkah konkrit jatuh atas kereta
BACA: Konkrit hempap kereta: Kerja pembinaan SUKE dihenti serta-merta
CIDB turut mengarahkan subkontraktor berkenaan melakukan audit keselamatan oleh pihak ketiga terhadap keselamatan projek, cara kerja dan pengendalian serta pengurusan tapak bina.
"Sepanjang siasatan, kedua-dua syarikat memberikan kerjasama yang baik termasuk membuat aku janji untuk meningkatkan prosedur dan pelaksanaan kerja yang lebih selamat," menurut kenyataan itu.
Dalam kejadian 19 Sept, seorang wanita nyaris maut selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang mengakibatkan keretanya remuk dan kecederaan pada tangan kirinya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 03 2020
Dalam kejadian 19 Sept, seorang wanita nyaris maut selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya di MRR2. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
KKR akan semak projek kolam tempur Kem Iskandar sebelum kenakan denda - Nanta
Nanta berkata kementeriannya juga perlu menyemak kepada syarat-syarat kontrak mereka, jika pemaju ada menuntut sebarang kos tambahan.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Korea Selatan cemas sebelum singkir Arab Saudi menerusi penentuan penalti
Korea Selatan melangkah ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023 apabila mengalahkan Arab Saudi 4-2 menerusi penentuan penalti.
EPL: Klopp bengang Liverpool tidak diberikan sepakan penalti
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, bengang apabila pasukannya tidak diberikan sepakan penalti ketika terikat 1-1 dengan Arsenal.
Kartel harga makanan ayam: MyCC kenakan penalti RM415.5 juta kepada lima syarikat
Syarikat-syarikat berkenaan dikenakan penalti kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam.
LHDN seru pembayar cukai rebut tawaran PKPS 2.0 tanpa penalti
Pembayar cukai adalah disarankan mengambil peluang untuk menyertai PKPS 2.0 ini, bagi mengelakkan dikenakan tindakan audit sedia ada.
Piala Dunia Ragbi: George Ford pastikan England buka kempen dengan kemenangan
Ford menjaringkan tiga gol sepakan dan enam penalti, sekali gus memaksa Argentina menelan kekalahan di Stade Velodrome.
Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta
Negeri Victoria di Australia akan membayar AS$243 juta selepas ia memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Pada Onana, United miliki sepasang tangan bertahan, menyerang
Suatu ketika dahulu, buat sekian lamanya kehebatan seorang penjaga gol diukur berdasarkan aspek kekebalannya dalam melindungi gawang daripada dibolosi pihak lawan.
Sri Pahang gugat kedudukan Selangor, Kedah balas dendam
Sri Pahang FC memberi tentangan sengit kepada Selangor FC dalam carta Liga Super 2023 selepas menang tipis 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan