awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsep MINI Citysurfer. Praktikal!

Astro Publication
Astro Publication
24/11/2014
12:22 MYT
Konsep MINI Citysurfer. Praktikal!
Alat mobiliti persendirian sudah lama menjadi perkara kajian oleh pelbagai pihak, termasuk pengeluar kereta. Kebanyakkanya menggunakan idea-idea cukup inovatif dan tersendiri; tetapi MINI di sini menunjukkan konsep ‘Citysurfer’ yang sebenarnya bukanlah produk yang ‘baharu’. Ia adalah sebuah skuter, dan ditambah dengan motor elektrik. Konsep MINI Citysurfer ini digerakkan oleh sebuah motor elektrik tanpa gear pada roda belakangnya. Kuasa dikawal oleh pengguna menerusi suis jari; tetapi motor elektrik tidak akan aktif selagi pengguna tidak memulakan sedikit pergerakkan dan mencapai kelajuan minima. Dalam erti kata lain, penunggang perlu menolak sedikit sebelum motor dapat berfungsi. Kelajuan maksimum adalah sehingga 25km/j.
Kuasa elektrik disimpan di dalam sebuah bateri litium-ion (seperti yang digunakan oleh semua kereta hibrid baharu) yang boleh dicas sekadar menggunakan soket rumah yang biasa. Seperti sebuah kereta hibrid, Citysurfer ini mampu untuk mengecas semula baterinya apabila brek digunakan (terdapat cakera brek hidraulik pada roda hadapan dan belakang). Berat keseluruhan skuter ini adalah 18 kilogram. Mengikut MINI, setiap cas penuh memberi jarak penggunaan diantara 15km sehingga 25km. Bukan itu sahaja, ia boleh dicas dengan menggunakan soket 12 volt yang terdapat di dalam semua kereta.
Yang menariknya, jika bateri telah habis – dan anda gagal mencari soket untuk mengecasnya, atau tiada masa – Citysurfer ini masih boleh berfungsi sebagai skuter biasa dan boleh bergerak dengan tolakan penunggangnya.
Apabila tidak digunakan, MINI Citysurfer boleh dilipat, dan cukup kecil untuk dimuatkan ke dalam ruang but sebuah MINI hatchback. Idea kenderaan mobiliti persendirian seperti ini amat berguna khususnya di dalam bandar besar di mana solusi pengangkutan tidak membawa anda dekat ke destinasi – seperti yang kerap terjadi. Sebagai contoh, tempat meletak kenderaan atau stesen LRT masih agak jauh daripada destinasi akhir; dan di sinilah di mana Citysurfer menyinar. Oleh itu, hendal skuter ini lengkap dengan tempat untuk menempatkan telefon pintar agar sistem GPS masih boleh digunakan, jika perlu. Lebih dari itu, pada masa sama telefon juga dapat dicaj menggunakan tenaga elektrik yang tersimpan di dalam bateri Citysurfer ini.
Sungguh menarik! Lihat sahaja video di bawah.
Topic Berkaitan
# Citysurfer
# skuter
#Mini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan