awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsol mudah alih Atari Gamestation Go akan dilancarkan di CES

Amanz
Amanz
04/01/2025
11:00 MYT
Konsol mudah alih Atari Gamestation Go akan dilancarkan di CES
Atari akan melancarkan Atari Gamestation Go, sebuah konsol mudah alih, di CES 2025. -Amanz
NAMA Atari tidak dikenali generasi muda sedangkan empat dekad yang lalu ia adalah sinonim dengan konsol seperti PlayStation dan Nintendo sekarang.

Ringkasan AI
  • Atari akan melancarkan Atari Gamestation Go, sebuah konsol mudah alih, di CES 2025.
  • Konsol ini mempunyai pad nombor seperti alat kawalan klasik Atari 5200 dan Jaguar di bahagian kanan, serta alat kawalan berbentuk bebola Trak-Ball di sebelah kiri.
  • Gamestation Go juga mempunyai dua port USB-C dan port HDMI, serta mungkin hadir dengan 200 permainan klasik Atari secara terbina dan sokongan kad mikro SD untuk menambah ROM permainan.

Ia menjadi tempat Steve Jobs dan Steve Wozniak mengasah bakat mereka sebelum menubuhkan Apple.
Di CES 2025, Atari mengesahkan mereka akan melancarkan Atari Gamestation Go yang merupakan sebuah konsol mudah alih.
An icon, reimagined. @MyArcadeRetro#Atari #GamestationGo #CES2025 pic.twitter.com/AvqTLuegR2
— Atari (@atari) January 2, 2025
Tiada spesifikasi dikongsi sebelum pelancaran tetapi berdasarkan video yang dikongsi Atari, ia mirip konsol mudah alih lain di pasaran.
Perbezaan yang ada terletak pada bahagian kanan kerana mempunyai pad nombor seperti alat kawalan klasik Atari 5200 dan Jaguar.
Sementara itu pada sebelah kiri pula terdapat alat kawalan berbentuk bebola seperti alat kawalan Trak-Ball untuk Atari 2600.
Lebih menarik ialah terdapat dua portUSB-C di belakang untuk sambungan dua alat kawalan jauh yang menunjukkan Gamestation Go juga boleh digunakan dalam mod dok statik.
Ini disahkan lagi dengan kewujudan port HDMI di bahagian atas.
Terdapat ramalan Gamestation Go sebenarnya adalah Atari Gamestation Pro tetapi versi mudah alih. Oleh itu ia mungkin hadir dengan 200 permainan klasik Atari secara terbina.
Jika ini tidak mencukupi, ROM permainan boleh ditambah menggunakan kad mikro SD. -Amanz
Topic Berkaitan
#Atari Gamestation Go
#konsol mudah alih
#CES 2025
#Trak-Ball
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan