awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kontrak Spanco merugikan negara' - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2024
10:31 MYT
'Kontrak Spanco merugikan negara' - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kenyataan itu bukan sesuatu yang baharu kerana ia pernah disuarakannya ketika menjadi Menteri Kewangan sebelum ini. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri menegaskan kontrak perolehan bagi membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan yang dikendalikan Spanco Sdn Bhd (Spanco) adalah merugikan negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kenyataan itu bukan sesuatu yang baharu kerana ia pernah disuarakannya ketika menjadi Menteri Kewangan sebelum ini.
"Saya tidak tahu di mana salahnya, tetapi saya tahu peraturan itu tidak betul. Saya tahu ia merugikan negara," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kontrak itu tidak menyenangkan penjawat awam yang menggunakan kemudahan berkenaan.
"Saya tahu ia tidak menyenangkan penjawat awam... tetapi kita lesu, tidak berupaya berbuat apa-apa kerana tidak ada ketegasan dan tekad politik untuk bertindak," katanya.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan, menyiasat sebuah syarikat yang memperoleh kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.
Beberapa individu telah dipanggil memberi keterangan termasuk daripada agensi kerajaan serta syarikat terbabit.
Difahamkan, syarikat itu sebelum ini memperoleh kontrak membekal serta menguruskan 'fleet' kenderaan kerajaan bernilai kira-kira RM4.5 bilion.
SPRM turut menyerbu kediaman dan syarikat milik seorang ahli perniagaan berusia lingkungan 70-an serta merampas dokumen berkaitan kewangan bagi membantu siasatan selain membekukan akaun bank yang bernilai jutaan ringgit.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#SPANCO
#kontrak kenderaan kerajaan
#rugikan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan