MOSCOW: Korea Selatan dan Indonesia menandatangani 14 perjanjian awal dan dua kontrak semasa persidangan meja bulat yang diadakan di Jakarta pada Khamis untuk meningkatkan kerjasama dalam penjanaan kuasa nuklear, mineral utama dan bidang industri lain, lapor Sputnik.

Menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea Selatan, bahawa Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol melawat negara Asia Tenggara itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur, lapor Agensi Berita Yonhap.

Persatuan kuasa nuklear kedua-dua negara menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bagi pertukaran maklumat mengenai penjanaan kuasa nuklear, dengan tumpuan kepada reaktor modular kecil (SMR).

Jakarta bercadang untuk memperkenalkan SMR baharu menjelang 2039.

Indonesia diwakili oleh 17 ahli perniagaan dan ketua Dewan Perniagaan Indonesia, menteri penyelaras bagi hal ehwal maritim dan pelaburan serta menteri kesihatan.

Menurut Dana Kewangan Antarabangsa, Indonesia muncul sebagai ekonomi ASEAN terbesar tahun lalu, mendahului Thailand, Singapura, Malaysia, Vietnam dan Filipina.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Indonesia mencecah US$1.3 trilion, iaitu 36 peratus daripada keseluruhan KDNK Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.

--BERNAMA-SPUTNIK



TAG: Korea Selatan, Indonesia, NPP, mineral