Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat Malaysia agar memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan diri susulan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia, ketika ini.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang menzahirkan kebimbangan berikutan pengesanan empat kes koronavirus di Malaysia sehingga semalam, bertitah seluruh rakyat perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, terutama sekali bagi mereka yang menetap atau mengembara di kawasan terjejas dengan wabak itu.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka berdua menyeru rakyat untuk mengambil inisiatif bagi memahami wabak ini dengan lebih mendalam serta sentiasa mengikuti nasihat dan saranan langkah-langkah pencegahan sepertimana yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Ini termasuk sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan serta sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung," katanya dalam satu kenyataan Istana Negara hari ini.
Beliau berkata, Seri Paduka berdua turut menitahkan orang ramai untuk mengikuti perkembangan terkini wabak itu dengan membaca pelbagai maklumat yang disebarkan melalui mana-mana saluran rasmi KKM.
Al-Sultan Abdullah turut menasihati semua rakyat sentiasa merujuk kepada panduan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar Negeri Malaysia mengenai keputusan terbaharu pihak berkuasa Republik Rakyat China pada 23 Jan, 2020 untuk melanjutkan penggantungan perjalanan keluar ke tujuh bandar lain, di samping Wuhan di wilayah Hubei.
Bandar-bandar itu adalah Huanggang, Ezhou, Chibi, Xiantao, Qianjiang, Zhijiang dan Lichuan.
Setakat ini, KKM mengesahkan empat warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura disahkan positif koronavirus.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas tindakan segera dan pemantauan yang berterusan oleh KKM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Singapura dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam usaha memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berkesan.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan penghargaan kepada Kementeian Luar Negeri khususnya Kedutaan Besar Malaysia di Beijing yang telah menubuhkan Pasukan Respons Kecemasan untuk menjangkau rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dan misi diplomatik Malaysia yang lain di Guangzhou, Hong Kong, Kunming, Nanning, Shanghai dan Xi'an serta Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei.
Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar Pasukan Bertindak Pantas (RRT) dan Pasukan Penilaian Pantas (RAT) negara dimantapkan dan diperkuatkan untuk menjalankan aktiviti pengesanan kontak dan penyaringan penumbang antarabangsa di lapangan-lapangan terbang Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, Seri Paduka berdua amat kesal atas tindakan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan palsu yang kemudiannya ditularkan oleh segelintir pihak lain tanpa usul periksa.
Ahmad Fadil menegaskan, Seri Paduka berdua berharap setiap rakyat Malaysia akan memainkan peranan untuk tidak mencetuskan rasa cemas atau mengganggu ketenteraman dalam kalangan rakyat jelata dengan menyebarkan sebarang maklumat yang belum dipastikan kesahihannya atau yang boleh mencetuskan kontroversi.
"Seri Paduka Baginda berdua menggesa semua rakyat memberikan kerjasama penuh kepada warga Kementerian Kesihatan dan mengelak daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perjalanan kerja mana-mana petugas kesihatan," katanya - BERNAMA
Bernama
Sun Jan 26 2020

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan kebimbangan berikutan pengesanan empat kes koronavirus di Malaysia. - Gambar BERNAMA

AWANI Ringkas: Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Tringgus, Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dakwaan cuba disogok: Natrah buat laporan SPRM
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.

Hadi Awang yakin rakyat boleh nilai kerajaan mana lebih baik
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik.

Polis tahan warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan tawar gelaran Datuk palsu
Penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada Istana Kelantan.

5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah
Operasi dilakukan dengan menggunakan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.

Polis tahan 2 lelaki Thailand miliki ganja mampat lebih RM100,000
Dua lelaki Thailand ditahan bersama 42 ketul ganja mampat bernnilai lebih RM100,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Charuk Tenang, dekat Sik, pada Sabtu malam.

Tiada krisis dalam UMNO - Mahadzir Khalid
Mahadzir Khalid menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan segelintir pemimpin UMNO untuk terus menyokong Bersatu hanyalah pandangan masing-masing.
![AWANI 7:45 [07/03/2021]: Kit PCR boleh kesan varian baharu | UMNO dan Bersatu saling berkait AWANI 7:45 [07/03/2021]: Kit PCR boleh kesan varian baharu | UMNO dan Bersatu saling berkait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894135/8343694381615121794014_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [07/03/2021]: Kit PCR boleh kesan varian baharu | UMNO dan Bersatu saling berkait
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Syaff Shukri dan Jasmine Abu Bakar, Fokus #AWANI745: - Lebih 3 juta daftar vaksin COVID-19. - Ramai orang tua di Parlimen hanya alasan Takiyuddin. - Dana perubahan iklim boleh cetuskan rasuah.

Misteri MH370 | Voice 370 gesa kerajaan dedah rekod radar ketenteraan
Sebuah organisasi waris MH370 menggesa kerajaan Malaysia mendedahkan semua rekod radar ketenteraan berkaitan MH370 bermula dari 7 Mac hingga 8 Mac 2014. 'Voice 370' yang juga sebuah kumpulan sokongan waris antarabangsa berkata, pendedahan tersebut bagi membolehkan pakar-pakar bebas antarabangsa mengesahkan dakwaan laluan pesawat berkenaan pada malam kehilangan MH370.

Koronavirus: Perancis lapor kes keempat
Pengarah Kesihatan, Jerome Salomon berkata, pesakit yang dimasukkan ke hospital di Paris itu dipercayai berusia dalam lingkungan 80 tahun, berasal dari wilayah Hubei, China.

Koronavirus: Agong, Raja Permaisuri titah rakyat Malaysia jaga keselamatan, kesihatan diri
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat Malaysia agar memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan diri susulan wabak koronavirus.