awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos haji: Kerajaan cari jalan tidak beban jemaah - Dr Zulkifli

Bernama
Bernama
23/12/2020
10:25 MYT
Kos haji: Kerajaan cari jalan tidak beban jemaah - Dr Zulkifli
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata masih terlalu awal untuk menganggarkan perincian jumlah peningkatan kos, namun pihaknya akan meneliti perkara tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan akan mencari jalan untuk tidak membebankan jemaah haji terutama golongan yang memerlukan sekiranya terdapat pertambahan kos bagi ibadat haji untuk musim haji tahun hadapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata masih terlalu awal untuk menganggarkan perincian jumlah peningkatan kos, namun pihaknya akan meneliti perkara tersebut.
"Kita belum lagi buka (sempadan) secara rasmi, saya janji pada Januari, harap-harap (jumlah kes) COVID-19 menurun untuk saya pergi ke Arab Saudi dan melihat keadaan sebenarnya.
"Sebarang keputusan kita akan buat secara berhemah dan kita akan laporkan melalui kabinet kemudian barulah kita uar-uarkan dan kita putuskan dengan secara rasmi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Food Bank sempena Misi Musaadah COVID-19 2.0 di sini hari ini.
BACA: Situasi pandemik: Syarat, kos tambahan baharu dijangka dikenakan kepada bakal haji
Menerusi program yang dijalankan dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan, Global UNITY Network dan Christians for Peace and Harmony in Malaysia (CPHM) itu, seramai 50 rakan komuniti beragama Kristian menerima agihan barangan keperluan asas pada majlis itu.
Ditanya pemberita mengenai cadangan Majlis Dakwah Negara tentang pemantauan dan kajian semula program realiti selebriti dakwah susulan isu melibatkan seorang peserta program itu yang terpalit dengan dakwaan serangan seksual, beliau menzahirkan penghargaan atas saranan tersebut.
Zulkifli berkata pihaknya akan berjumpa sendiri dengan selebriti-selebriti dakwah esok bagi berbincang dan mendengar pandangan pihak berkenaan serta memberikan nasihat sebagai peringatan.
Sementara itu, mengulas mengenai isu kartel daging yang dilaporkan akhbar tempatan baru-baru ini, beliau berkata pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi secara bertulis hari ini.
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan mengenai kartel yang mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah termasuk diragui status halalnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
#pertambahan kos
#kos haji
#ibadat haji
#COVID-19
#Arab Saudi
#JAWI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan