awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran didakwa mahu berunding, angka korban protes cecah 599 – Trump
Penantian 15 tahun berakhir, pasangan dikurniakan cahaya mata hasil IVF tajaan TAFF
Kempen #MadaniMembantu dilancar, perkukuh usaha kerajaan bantu rakyat - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos kerajaan ambil alih konsesi tol kurang RM400 bilion

Bernama
Bernama
16/08/2018
11:28 MYT
Kos kerajaan ambil alih konsesi tol kurang RM400 bilion
TONY: Kita hanya akan membayar pampasan mengikut kadar yang tertakluk dalam kontrak. - Astro AWANI
Kos yang perlu ditanggung kerajaan susulan penghapusan kutipan tol lebuh raya akan menjadi jauh lebih rendah berbanding RM400 bilion seperti yang dinilaikan kerajaan sebelum ini, kata Penasihat Khas Menteri Kewangan, Tony Pua.
Beliau berkata, ini kerana, angka RM400 bilion itu merupakan nilai yang dijumlahkan oleh kerajaan terdahulu, yang mengambil kira pampasan kepada pihak konsesi lebuh raya termasuk keuntungan pada masa depan.
Sekiranya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan berhasrat mengambil alih konsesi lebuh raya, walaupun kerajaan tidak merancang berbuat demikian pada masa ini, kos terbabit hanya akan mengambil kira pampasan mengikut kadar yang tertakluk dalam kontrak, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
"Kita hanya akan membayar pampasan mengikut kadar yang tertakluk dalam kontrak, iaitu kos pembinaan lebuh raya. Kita perlu kira semula, dan ia tidak akan termasuk keuntungan masa depan," katanya.
Sementara itu, Pua juga menafikan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan cukai ke atas minuman berkarbonat.
"Kerajaan sedang mempertimbangkan semua pilihan untuk meningkatkan hasil cukai, namun tiada apa-apa yang diputuskan setakat ini," katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai portal berita yang melaporkan beliau sebagai berkata kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan cukai baharu, termasuk cukai ke atas minuman berkarbonat.
Pua juga dilaporkan berkata bahawa langkah tersebut tidak akan membebankan golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#konsesi lebuh raya
#pampasan
#syarikat konsesi
#tol
#Tony Pua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan