awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KP MKN, KP NADMA antara individu anggotai pasukan petugas khas pascabanjir - KSN

Bernama
Bernama
26/12/2021
11:10 MYT
KP MKN, KP NADMA antara individu anggotai pasukan petugas khas pascabanjir - KSN
Terdahulu Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju mewujudkan pasukan petugas khas pascabanjir dan untuk persediaan menghadapi banjir gelombang kedua, dipengerusikan oleh Mohd Zuki (gambar). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim, antara individu yang menganggotai pasukan petugas khas pascabanjir.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.
BACA: Kerajaan tubuh pasukan petugas khas pascabanjir dan persediaan gelombang kedua - PM
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: 'Kami cuba untuk bangkit' - Penduduk
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju mewujudkan pasukan petugas khas pascabanjir dan untuk persediaan menghadapi banjir gelombang kedua, dipengerusikan oleh Mohd Zuki.
"Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi, satu pasukan 'task force' ditubuhkan bagi memastikan pengurusan pascabanjir dan kesiapsiagaan menghadapi gelombang kedua banjir yang lebih responsif dan efektif, berdasarkan maklumat yang tepat dan terkini," katanya.
Selain itu, pasukan itu dianggotai Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, serta ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah agensi-agensi kerajaan.
Perdana Menteri mengumumkan perkara itu selepas meninjau kawasan terjejas banjir dan aktiviti gotong-royong di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua, Hulu Langat oleh sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pasukan keselamatan terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#MKN
#KSN
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan