PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini pada Selasa.
"Yelah, betul. Bahagian Komunikasi Korporat (SPRM) akan keluarkan kenyataan (rasmi) nanti," katanya ringkas ketika dihubungi sama ada Mohd Shukri yang hadir memberi keterangan di SPRM telah dibebaskan dengan jaminan atau sebaliknya.
Terdahulu, Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 9.50 pagi tadi.
Difahamkan, kenderaan membawa Mohd Shukri dilihat keluar pada jam 6.50 petang.
Dua hari lepas SPRM mengesahkan sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.
Sumber SPRM berkata, pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta dan agensi itu dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan lima individu termasuk anak Mohd Shukri ditahan SPRM berhubung kes membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000 baru-baru ini.
-- Bernama
Bernama
Tue Apr 30 2024
Mojhd Shukri keluar dari ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 6.50 petang. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
KP SPRM sahkan MB Perlis dibebas dengan jaminan
SPRM mengesahkan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini pada Selasa.
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Hamzah beri bayangan MB Perlis daripada Pas jika PN menang PRU15
Selaku 'abang' dalam PN, calon daripada Pas dilihat lebih sesuai memegang jawatan berkenaan, kata Hamzah.
MB Perlis, Azlan Man dan Sova Ali sah cerai talak satu
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Sova Ali, hari ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat selepas melayari bahtera perkahwinan selama 12 tahun.
Penglibatan pelbagai semua pihak perlu untuk jayakan RKK Kota Raja-Pauh Putra - MB Perlis
Penglibatan semua pihak termasuk orang awam diperlukan bagi menjayakan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kota Raja-Pauh Putra, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.
MB Perlis jalani kuarantin di rumah
Azlan berkata beliau telah menjalani ujian saringan COVID-19 di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pagi tadi.
Lima termasuk seorang pelajar perempuan positif COVID-19 - MB Perlis
Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, kesemua mereka dilaporkan berusia lingkungan 20-an hingga 50-an.
Exco kerajaan Perlis dilantik minggu hadapan?
Kemelut yang membabitkan perlantikannya sebagai menteri besar sudah pun berakhir, dan akan menjalankan tugas sepertimana diamanahkan.