awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KP1M berjaya salur bantuan - taufan bopha

Bernama
Bernama
28/12/2012
02:25 MYT
KP1M berjaya salur bantuan - taufan bopha
Kesemua 47 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) selamat kembali ke tanah air malam tadi selepas berjaya melaksanakan misi lima hari menghulurkan bantuan kemanusiaan di wilayah Mindanao selatan Filipina yang terjejas akibat taufan Bopha.
Misi itu membawa 36 tan barangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian, termasuk kerusi roda untuk diagihkan kepada mangsa bencana.
Pesawat Charlie milik Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM) yang membawa anggota misi berkenaan dan pengamal media yang turut serta, mendarat di Pangkalan TUDM Subang pada 11.15 malam.
Pengerusi KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata misi itu yang tertumpu kepada kawasan pedalaman diterima baik oleh mangsa taufan Bopha dan telah berjaya mengagih bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian kepada lebih 30,000 keluarga mangsa taufan itu.
"Misi kali ini berjaya mencapai sasaran bantuan seperti yang dirancang sebelumnya dan kerajaan Filipina berterima kasih kepada kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap malapetaka yang menimpa rakyatnya," kata beliau kepada pemberita sejurus tiba.
Topic Berkaitan
#Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
#Filipina
#KP1M
#mangsa bencana
#Taufan Bopha
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan