awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN bekerjasama dengan agensi berkaitan pantau harga sayur - Armizan

Bernama
Bernama
15/10/2024
21:00 MYT
KPDN bekerjasama dengan agensi berkaitan pantau harga sayur - Armizan
Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands menjangkakan harga sayur-sayuran meningkat pada November dan Disember ini susulan fasa Monsun Timur Laut yang berpotensi mengakibatkan hujan lebat dan banjir. - Gambar hiasan/BERNAMA
PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan kerjasama dan perbincangan dengan kementerian serta agensi berkaitan mengenai isu harga sayur-sayuran yang dijangka meningkat sehingga tiga kali ganda pada hujung tahun ini.
Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata pihaknya mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan akan mengambil langkah intervensi sekiranya berlaku kenaikan secara mendadak.
"Masih terlalu awal untuk saya komen tetapi kami memantau sebarang kenaikan harga, pergolakan harga atau isu berkaitan termasuk bekalan makanan.
"Kami juga sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Sekiranya ada keperluan, kami akan mengambil langkah intervensi," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama syarikat Carsome Group di Carsome PJ Auto Mall Experience Center di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid yang menyatakan bahawa kebanyakan harga sayur di peringkat ladang telah meningkat antara 20 hingga 50 peratus pada awal Oktober.
Syed Abd Rahman berkata harga sayur-sayuran dijangka meningkat pada November dan Disember ini susulan fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang berpotensi mengakibatkan hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan seluruh negara.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#Armizan Mohd Ali
#kenaikan harga sayur
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan