awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Pulau Pinang sita lori, diesel bernilai lebih RM30,000

Bernama
Bernama
22/05/2025
15:00 MYT
KPDN Pulau Pinang sita lori, diesel bernilai lebih RM30,000
Jegan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam rantaian pengedaran diesel dan kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. - Gambar fail/Bernama
BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang melalui Ops Tiris 3.0 menyita sebuah lori bersama 2,000 liter diesel keseluruhan bernilai RM36,240 dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Simpang Ampat, di sini semalam.
Pengarah KPDN Pulau Pinang S.Jegan berkata pihaknya menerima aduan awam berhubung kegiatan itu sebelum menjalankan operasi pada 9.30 malam dan berjaya mengesan sebuah lori yang menjalankan kegiatan pengisian diesel secara mencurigakan.
"Sepasukan pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan dan mendapati sebuah lori sedang memindahkan diesel ke dalam tangki simpanan pukal (IBC). Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat dua tangki IBC yang telah diubah suai disambungkan dengan hos dan pam daripada tangki asal dengan kapasiti anggaran 1,000 liter terletak di bahagian belakang lori.
"Semakan lanjut mendapati pemandu lori iaitu lelaki tempatan gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bagi membolehkan berurusan dengan barang kawalan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya menyita semua barangan antaranya sebuah lori, satu set hos paip dan pam dan dua tangki IBC mengandungi 2,000 liter diesel yang keseluruhan bernilai RM36,240, serta beberapa dokumen perniagaan.
Jegan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam rantaian pengedaran diesel dan kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#kos sara hidup
#barang kawalan
#OPS Tiris 3 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan