awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN sasar 10,000 siswa di Kedah terlibat Program Advokasi Pengguna

Bernama
Bernama
19/11/2023
21:45 MYT
KPDN sasar 10,000 siswa di Kedah terlibat Program Advokasi Pengguna
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh (tengah) melihat harga barangan Jualan Rahmah Siswa pada Program Advokasi Pengguna di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra pada Ahad. - Foto BERNAMA
JITRA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan untuk mencapai penglibatan 10,000 mahasiswa dalam Program Advokasi Pengguna yang akan diadakan di institusi pengajian tinggi (IPT) terpilih di seluruh Kedah.
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, kementeriannya akan mengadakan program tersebut di 20 IPT di seluruh negeri ini dan jumlah sasaran tersebut dijangka dapat dicapai dalam tempoh tiga bulan pelaksanaan program itu.
"Hari ini kami mengadakan Program Advokasi Pengguna siswa buat kali pertama di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra dan kemudian di Universiti Utara Malaysia (UUM)," katanya kepada pemberita di IKBN Jitra di sini, pada Ahad.
Katanya, penglibatan mahasiswa dalam program advokasi berkaitan hak-hak sebagai pengguna termasuk penerangan mengenai Tribunal Tuntutan Pengguna dan penguatkuasaan serta akta berkaitan isu kepenggunaan itu akan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).
"Dalam masa sama kami buat Program Jualan Rahmah Siswa... Jualan Rahmah ini penting kerana mahasiswa juga ada yang dalam golongan memerlukan dan ramai daripada kalangan B40, keluarga kurang bernasib baik," katanya.
Fuziah berkata, perluasan konsep Jualan Rahmah ke peringkat IPT juga dilaksanakan susulan terdapat permintaan daripada golongan pelajar yang mahukan jualan itu diadakan dalam kampus.
"Bila buat program Rahmah (di luar kampus), ada permintaan daripada mahasiswa untuk adakan jualan dalam kampus kerana selalunya dalam Jualan Rahmah harga ditawarkan sehingga 30 peratus diskaun.
"Barang keperluan (bagi Jualan Rahmah Siswa) contohnya penjagaan diri termasuk alat tulis dan saya juga minta masukkan tuala wanita dalam SKU (unit penyimpanan stok) yang kami tawarkan," katanya yang memberitahu jualan hari ini turut dibuka untuk kakitangan IPT terbabit.
Sementara itu, mengenai perkembangan pelaksanaan apungan harga ayam, Fuziah berkata, setakat ini pemantauan masih diadakan setiap hari di empat kategori premis iaitu pasar basah, kedai runcit, pasar raya besar dan pasar mini.
"Kami dapati seluruh negara (harga ayam) masih kekal rendah... ada aduan di utara Sarawak, laporan di Limbang dan Lawas dah buat siasatan sama ada berlaku pencatutan di situ. Tapi rata-rata kami dapati harga ayam stabil dan kekal rendah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fuziah Salleh
#kpdn
#Program Advokasi Pengguna
#mahasiswa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan