awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN tubuh pasukan khas tangani isu ketirisan subsidi diesel

Bernama
Bernama
25/02/2023
06:44 MYT
KPDN tubuh pasukan khas tangani isu ketirisan subsidi diesel
Salahuddin berkata, arahan telah dikeluarkan bulan lepas bagi meminta pasukan tersebut segera bertindak mengekang ketirisan subsidi diesel daripada terus berlaku. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menubuhkan pasukan bertindak khas yang diketuai Ketua Setiausahanya Datuk Azman Mohd Yusof bagi menangani isu ketirisan subsidi diesel hampir RM10 bilion.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata arahan telah dikeluarkan bulan lepas bagi meminta pasukan tersebut segera bertindak mengekang ketirisan subsidi diesel daripada terus berlaku.
"KSU (Azman) sejak sebulan lepas bersama Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam telah meronda dan melihat logistik di semua lokasi penting khususnya kawasan pedalaman termasuk Sabah serta Sarawak.
"KPDN khuatir di situlah banyak berlaku ketirisan diesel selain di pangkalan nelayan yang dikhuatiri turut berlaku ketirisan diesel untuk nelayan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Kembali ke Sekolah peringkat negeri di Taman Bukit Indah di sini hari ini.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata KPDN kini mempunyai 2,100 anggota penguat kuasa yang akan menyambut cabaran meminimumkan ketirisan diesel di seluruh negara.
Beliau berkata pihaknya juga telah membuat pelbagai tangkapan tahun lepas antaranya menerusi Ops Terjah, yang bukan sahaja dilaksanakan bagi menangani isu ketirisan diesel malah minyak peket bersubsidi dan telur bersubsidi.
Ditanya sama ada KPDN akan mengetatkan prosedur mendapatkan diesel bersubsidi, Salahuddin berkata kementeriannya akan meneliti semula data ketirisan diesel dengan terperinci sebelum membuat keputusan lanjut.
"Data berkenaan (ketirisan diesel) kita perlu teliti dan periksa untuk dikemas kini terlebih dahulu. Sebarang langkah lanjut memerlukan kerjasama dengan kementerian lain terutama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang memberi diesel kepada nelayan," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 memaklumkan wujud ketirisan dalam subsidi diesel dengan anggaran hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel dipercayai diseleweng tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diesel
#ketirisan subsidi
#Salahuddin Ayub
#pasukan bertindak khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan