awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling

Bernama
Bernama
11/08/2022
22:40 MYT
KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling
Peniaga memberi alasan terpaksa menjual minyak masak botol pada harga tinggi kerana mereka perlu menghabiskan stok lama yang dibeli pada harga tinggi. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan segera ke atas peniaga yang menjual minyak masak botol melebihi harga siling.
Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata tinjauan baru-baru ini menunjukkan segelintir peniaga masih melanggar arahan KPDNHEP dengan menjual minyak masak botol 5 kilogram (kg) pada harga lama iaitu RM45.29 berbanding harga siling RM34.70.
Beliau berkata minyak masak botol 2 kg pula dijual pada harga RM18.15 yang sepatutnya RM14.70 pada harga siling.
"CAP mendesak tindakan tegas oleh kerajaan supaya kumpulan peniaga yang tidak bertanggungjawab ini tidak mengeksploitasi pengguna," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Mohideen berkata peniaga memberi alasan terpaksa menjual minyak masak botol pada harga tinggi kerana mereka perlu menghabiskan stok lama yang dibeli pada harga tinggi sebelum keputusan harga siling bagi minyak masak botol itu dibuat.
"Adakah peniaga akan menjual minyak masak pada harga rendah sehingga stok yang ada habis jika kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga pada bulan ini?," katanya.
Kerajaan telah menetapkan harga siling minyak masak sawit tulen tidak bersubsidi pada RM34.70 bagi botol lima kg berkuat kuasa 8 Ogos lepas.
Harga minyak masak akan ditetapkan secara bulanan dan diumumkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mohideen abdul kader
#KPDNHEP
#tindakan atas peniaga
#harga siling minyak masak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan