NILAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi sebanyak 26,459 liter berjumlah RM56,886 di sebuah stesen minyak di Jalan Klang Banting, Kuala Langat, Selangor, 10 Februari lepas.
Timbalan Pengarah Penguatkuasaan (Operasi) KPDNHEP Shamsul Nizam Khalil berkata, hasil serbuan dijalankan 20 pegawai kementerian itu mendapati, dua lori lima tan berkanvas yang telah diubah suai tangkinya sedang diisi minyak diesel bersubsidi di stesen minyak itu kira-kira pukul 2.50 petang.
"Selain itu, hasil serbuan ke atas premis disyaki stor simpanan lima kilometer dari stesen minyak itu pula mendapati aktiviti pemindahan minyak diesel sedang dilakukan menerusi dua lori lima tan berkanvas yang lain.
"Kita telah jalankan risikan sejak sebulan lepas dan aktiviti ini dipercayai daripada sindiket yang sama dengan tujuan penjualan atau penghantaran ke lokasi lain yang disasarkan kepada syarikat perindustrian di seluruh negara," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Shamsul Nizam berkata selain minyak diesel, KPDNHEP turut menyita sebuah lori tangki, lori lima tan (empat), kompresor (lima), meter aliran, dokumen dan resit dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM215,000.
Susulan itu, beliau berkata lima lelaki warga tempatan dan seorang penjaga stor berumur lingkungan 25 hingga 50 tahun termasuk individu yang mengaku sebagai pemilik stesen minyak berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti rantaian pengedaran minyak diesel tersebut dari stesen minyak ke tempat penyimpanan sehingga peringkat pembeli.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3 juta," katanya.
Beliau berkata, syarikat terlibat juga akan diambil tindakan penggantungan sementara lesen barang kawalan sehingga selesai siasatan selain turut disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).
Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi, katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram serta tindakan tegas akan dikenakan kepada individu terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022
Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDNHEP Shamsul Nizam Khalil (kiri) menunjukkan barangan sebuah lori tangki minyak diesel bersubsidi pada sidang media hari ini. - Bernama
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan
Polis manahan 12 individu termasuk dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM15.2 juta.
KPDN Perak patahkan cubaan seleweng diesel bersubsidi, pengusaha stesen minyak disiasat
Penyelewengan itu dipatahkan hasil maklumat risikan yang mengesan terdapat aktiviti pembelian minyak diesel mencurigakan.
Stor haram simpan diesel diserbu, dua lelaki tempatan ditahan
Kejayaan operasi itu adalah hasil maklumat risikan selama dua minggu selepas mendapat maklumat awam berhubung aktiviti tersebut.
Op Tiris: Sindiket seleweng diesel bersubsidi di Taiping tumpas
Dalam operasi kira-kira 7.45 malam itu, KPDN Perak berjaya menemui premis yang disyaki dijadikan tempat pengumpulan sementara diesel.
KPDN rampas 47,540 liter diesel bersubsidi diseleweng
Serbuan menerusi Op Tiris oleh anggota penguat kuasa KPDN pada jam 8.10 malam itu merupakan hasil risikan sejak enam bulan.
APMM tahan lima lelaki, sita 28,000 liter diesel bersubsidi
Turut disita adalah sebuah bot anchor, lori tangki serta kenderaan pacuan empat roda dengan nilai keseluruhan lebih RM3.3 juta.
Simpan diesel bersubsidi tanpa lesen, kilang berdepan tindakan undang-undang
Ketika serbuan dilakukan, premis di Kawasan Perindustrian Kanthan itu sedang beroperasi menjalankan perniagaan kilang membuat bumbung.
Cuba kaut keuntungan berganda, KPDN tumpas sindiket seleweng diesel bersubsidi guna lori tanah
Kejayaan itu hasil serbuan di sebuah stor simpanan di kawasan penyelenggaraan dan pembinaan Jalan Batu 20, Trong, petang Khamis.
KPDN Negeri Sembilan rampas 16,000 liter diesel bersubsidi di Seremban
Turut disita, sebuah lori tangki, sebuah lori bonded, enam unit tong IBC dan dua unit paip penyambung - anggaran nilai rampasan RM59,400.