KPJ Healthcare Berhad hari ini melakar sejarah apabila menjadi satu-satunya rangkaian
hospital di Malaysia yang memeterai kolaborasi strategik bersama Mayo Clinic.
Kerjasama tersebut adalah melalui dua hospital pakar iaitu KPJ Damansara Specialist
Hospital dan Damansara Specialist Hospital 2 yang mendapat akses penuh kepada sumber
klinikal serta perkhidmatan Mayo Clinic yang berteknologi tinggi.
Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Chin Keat Chyuan berkata pencapaian tersebut merupakan satu anjakan besar dalam menerajui sektor penjagaan kesihatan Malaysia sekaligus menetapkan piawaian baharu.
“KPJ Healthcare berhasrat untuk memanfaatkan pengalaman, sumber dan amalan terbaik Mayo Clinic dalam meningkatkan kepakaran dan kemahiran pengamal perubatan kami sendiri.
"Kami yakin bahawa strategi ini bukan sahaja hanya akan meningkatkan hasil dan kualiti rawatan pesakit bahkan turut menyumbang kepada pembangunan negara,” kata Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Chin Keat Chyuan.
Melalui kerjasama itu, Mayo Clinic akan turut membuka peluang kepada pengamal perubatan profesional untuk mengaplikasikan bahan material berkaitan pendidikan kesihatan dan berkecimpung dalam pembangunan profesional serta pendidikan perubatan berterusan.
Mengulas mengenai kerjasama julung kalinya dengan Malaysia, Pengarah Perubatan Eksekutif Mayo Clinic, Dr. Stacey Rizza berkata pihaknya akan memberi akses penuh keahlian dalam Mayo Clinic Care Network termasuk AskMayoExpert, eBoards dan Health Care Consulting.
"Kami amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Hospital Pakar KPJ Damansara dan Hospital Pakar Damansara 2 sebagai ahli Mayo Clinic Care Network.
"Organisasi kami turut berkongsi komitmen yang sama dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti yang memberi tumpuan khusus kepada setiap pesakit,” tambah beliau.
Turut sama hadir dalam upacara pemeteraian kolaborasi tersebut ialah, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hj Dzulkefly Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation Berhad, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim serta Pengerusi KPJ Healthcare, Datuk Md Arif Mahmood.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, berkata kolaborasi ini juga akan melonjakkan lagi sektor pelancongan kesihatan di Malaysia.
“Kita akan terus mengharapkan KPJ dan juga yang lain untuk memberikan suntikan yang baik khususnya dalam sektor penjagaan kesihatan swasta dan meletakkan Malaysia di satu kedudukan yang baik.”
Astro Awani
Sat Feb 17 2024
Dari kiri YBhg. Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, YBrs Encik Chin Keat Chyuan, YB Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly Ahmad, YBrs. Dr. Stacey Rizza dan Datuk Md Arif Mahmood pada gimik pelancaran Kolaborasi Strategik antara KPJ dan Mayo Clinic - Gambar KPJ
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
Permintaan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta diunjur terus meningkat
Perkembangan itu juga disokong oleh peningkatan jumlah penyakit tidak berjangkit (NCD) dan masyarakat yang semakin tua.
KPJ Healthcare meterai kolaborasi strategik dengan Mayo Clinic, ubah landskap perubatan Malaysia
KPJ Healthcare Berhad memeterai kolaborasi strategik bersama Mayo Clinic melalui dua hospital pakar iaitu KPJ Damansara Specialist Hospital dan Damansara Specialist Hospital 2.
KPJ Healthcare, Cenviro terajui revolusi penjagaan kesihatan hijau
Usaha ini membuka lembaran baharu dalam memperkasakan komitmen KPJ Healthcare untuk menyepadukan elemen kelestarian.
KPJ Healthcare umum lantik Sherene Azli sebagai Ketua Pegawai Pemasaran
KPJ Healthcare mengumumkan pelantikan Sherene Azli sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) baharu, mulai hari ini.
KPJ Healthcare perkenal VSI Holomedicine berdaya 5G pertama di Malaysia
KPJ Healthcare Berhad memperkenalkan VSI Holomedicine berdaya 5G pertama di Malaysia menerusi Persidangan KPJ Healthcare Kali Ke-24.
KPJ Healthcare lantik Mohamad Farid sebagai Ketua Pegawai Operasi
KPJ Healthcare Bhd melantik Datuk Mohamad Farid Salim sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu berkuat kuasa 3 Jun 2023.
KPJ Healthcare tandatangan kerjasama strategik dengan Perkeso
Ia selaras dengan matlamat Program Return-To-Work Perkeso yang menekankan kepada langkah pencegahan awal serta pemulihan intensif.
Mohd Shukrie lepaskan jawatan hanya 5 bulan sebagai Presiden, MD KPJ Healthcare
Beliau berundur daripada jawatan itu berkuat kuasa 7 September ini untuk mencari peluang lain, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada Isnin.
Keuntungan bersih KPJ Healthcare naik kepada RM27.1 juta pada suku kedua
Perolehan juga meningkat kepada RM707.57 juta daripada RM632.83 juta tahun lepas.