MALAYSIA
KPKM beri jaminan bekalan korban 2025 mencukupi

Menurut KPKM, jumlah keseluruhan bekalan lembu dan kerbau sehingga Mac 2025 adalah sebanyak 38,804 ekor. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bahawa bekalan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini mencukupi dan memenuhi keperluan seluruh negara.
Menurut KPKM, jumlah keseluruhan bekalan lembu dan kerbau sehingga Mac 2025 adalah sebanyak 38,804 ekor, manakala kambing dan bebiri pula mencecah 30,167 ekor, jumlah yang melebihi anggaran permintaan.
“Justeru, jumlah keseluruhan bekalan ternakan adalah dianggarkan mencukupi bagi menampung permintaan sembelihan bagi tujuan korban tahun 2025,” jelas kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa.
Sebanyak 27 rumah sembelih milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) bersedia beroperasi, di samping 40 rumah sembelih swasta yang turut diberi lesen bagi menyokong keperluan penyembelihan ternakan korban di seluruh Semenanjung Malaysia.Katanya, orang ramai yang ingin melakukan ibadah korban di lokasi selain rumah sembelih, seperti masjid atau taman perumahan, perlu mengemukakan permohonan permit bersama dokumen berkaitan.
Dalam masa sama, DVS menggalakkan semua pihak merujuk kepada garis panduan penyembelihan yang telah disediakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami