awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT umum hapus 68 tapak pelupusan sampah haram

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2023
04:40 MYT
KPKT umum hapus 68 tapak pelupusan sampah haram
NGA KOR MING: Tapak haram pelupusan sampah ini wajib ditangani. Saya telahpun menetapkan sasaran membersihkan sekurang-kurangnya 100 tapak pelupusan sampah haram untuk dilupuskan. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya menghapus dan membersihkan sebanyak 68 tapak pelupusan haram di seluruh negara.
Menterinya, Nga Kor Ming melahirkan keyakinan sasaran pembersihan 100 tapak pelupusan sampah haram yang dijadikan petunjuk prestasi (KPI) bagi kementeriannya akan dapat dilaksanakan tidak lama lagi.
"Tapak haram pelupusan sampah ini wajib ditangani. Saya telahpun menetapkan sasaran membersihkan sekurang-kurangnya 100 tapak pelupusan sampah haram untuk dilupuskan.
"Setakat hari ini sukacita saya maklumkan kita berjaya bersihkan 68 lokasi tapak pelupusan sampah haram.
"Kita akan melepasi sasaran dan apabila mencapai 100 tapak sampah haram yang berjaya dibersihkan, kita akan buat pengumuman," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, kesemua tapak pelupusan sampah haram yang menjadi sasaran adalah berada pada skala yang besar.
Jelasnya lagi, sekiranya ia tidak ditangani perkara itu boleh mengundang permasalahan yang menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
Di samping itu, Kor Ming turut menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pemilik tanah persendirian sekiranya kawasan tersebut dijadikan tapak pelupusan sampah secara haram.
Topic Berkaitan
#tapak pelupusan sampah
#Nga Kor Ming
#Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan
#pemilik tanah persendirian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan