KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewujudkan satu ekosistem sokongan bagi membantu kelancaran program vaksinasi yang antara lain turut meliputi pewujudan pusat panggilan bagi menghubungi mereka yang tidak datang janji temu vaksinasi.
Menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin berkata inisiatif dengan kerjasama Penggerak Komuniti Negara dan Kementerian Perpaduan itu telah dimulakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah, Ampang sejak Selasa lepas, yang seramai tujuh operator telefon telah dilatih bagi tujuan itu.
Jelasnya menerusi projek rintis berkenaan, seramai 177 individu terdiri daripada tiga kategori iaitu individu yang telah mendapat tarikh janji temu di aplikasi MySejahtera tetapi tidak memberikan maklum balas, individu yang tidak datang suntikan kedua serta individu yang tidak datang suntikan pertama telah pun dihubungi.
"Saya dapat laporan menyatakan hampir 100 peratus iaitu 97 peratus mereka yang terima panggilan ini memberi maklum balas bahawa mereka akan datang.
"Ini menunjukkan bahawa pusat panggilan ini beroperasi dengan amat baik bagi memastikan mereka yang mungkin lalai atau tidak dapat maklumat untuk datang ke PPV selain membantu kurangkan beban petugas barisan hadapan di PPV," katanya selepas meninjau PPV Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah di sini, hari ini.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata bagi mereka yang didapati mempunyai masalah pengangkutan untuk PPV sehingga menyebabkan tidak dapat hadir janji temu, pihaknya turut menyediakan pengangkutan untuk membawa mereka pergi dan balik dari PPV berkenaan.
Mengulas lanjut, Zuraida berkata selain pusat panggilan, sistem sokongan berkenaan juga turut meliputi pasukan jangkauan dengan kerjasama persatuan penduduk, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB), Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Rukun Tetangga bagi menggerakkan kempen vaksinasi sehingga ke akar umbi.
Selain itu, Zuraida berkata bagi melengkapkan lagi sistem berkenaan, klinik bergerak turut disediakan untuk memudahkan pasukan mengunjungi golongan sasar seperti warga emas, Orang Kurang Upaya dan individu terlantar bagi memberi suntikan vaksin.
"Pada masa akan datang mungkin kami akan minta Kementerian Kesihatan untuk benarkan kami turun ke kawasan berkepadatan tinggi macam rumah Program Perumahan Rakyat atau perkampungan kerana mereka mungkin jauh untuk datang ke PPV ditetapkan, jadi biar kami turun ke lapangan," katanya.
Jelasnya model ekosistem berkenaan akan diperluaskan lagi ke negeri lain seperti Johor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Pahang bagi meningkatkan lagi kadar pemberian vaksin negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 12 2021
Zuraida(kiri) beramah mesra bersama penerima-penerima vaksin COVID-19 ketika Lawatan Kerja Koordinasi Sukarelawan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah hari ini. - Foto BERNAMA
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.