KUALA LUMPUR:Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berharap 539 projek infrastruktur yang telah dirancang untuk 2021 dapat dilaksanakan mengikut jadual walaupun berhadapan dengan kekangan dan cabaran COVID-19.
Menterinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, ia termasuk projek sambungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang perlu diberi keutamaan, disegerakan dan dipantau rapi pelaksanaannya.
Jelasnya, ia bagi memastikan projek berkaitan dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan.
Kata Abd Latiff, fokus kedua kementeriannya adalah untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
"Kita sedia maklum, paras garis kemiskinan telah dipinda daripada RM960 kepada RM2,208 pada tahun 2019.
"Ini menyebabkan bilangan isi rumah miskin di luar bandar meningkat daripada 78,187 isi rumah pada bulan April 2020 kepada 182,116 isi rumah," katanya semasa menyampaikan amanat tahun baru kementeriannya secara dalam talian pada Jumaat,
Jelasnya, bilangan itu dijangka meningkat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang menyukarkan rakyat untuk keluar bekerja.
Dalam pada itu kata Abd Latiff lagi, kementeriannya akan menyelaraskan semula kira-kira 20 program berkaitan pembasmian kemiskinan untuk mengelakkan pertindihan.
Ia sekali gus mampu mengeluarkan mereka yang berkaitan daripada lingkaran garis kemiskinan.
Selain itu ujarnya, analisa data kemiskinan dan program lebih bersasar perlu dilaksanakan untuk memberikan impak positif kepada golongan miskin dan miskin tegar di luar bandar.
Beliau turut menyatakan, tumpuan juga diberikan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar melalui pemerkasakan ekonomi luar bandar dengan mempelopori sumber ekonomi baharu.
Selain itu KPLB juga akan memperkenal strategi baharu untuk aktiviti pelancongan desa dan ekopelancongan serta memperkukuh sistem rantaian bekalan dan pemasaran produk usahawan luar bandar.
Jumlah peruntukan keseluruhan KPLB yang telah diluluskan untuk tahun 2021 adalah sebanyak RM10.2 bilion.
Jumlah itu adalah RM431 juta atau 4.41 peratus lebih tinggi daripada peruntukan tahun 2020.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.65 bilion merupakan peruntukan Pembangunan (DE) dan RM3.53 bilion bagi peruntukan Mengurus.
Astro Awani
Fri Jan 22 2021
Kata Abd Latiff, jumlah peruntukan keseluruhan KPLB yang telah diluluskan untuk tahun 2021 adalah sebanyak RM10.2 bilion. - Foto Astro AWANI
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.