ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan berusaha sedaya upaya memastikan sekolah khas untuk pelajar daripada golongan miskin dapat dibuka dan beroperasi pada tahun depan.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata kemudahan memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak miskin di negara ini sememangnya sentiasa dalam perancangan kementeriannya.
"Kita akan maklumkan sedikit masa lagi, untuk kita pastikan sekolah (khas) ini telah benar-benar siap untuk ia beroperasi khusus untuk anak-anak miskin kita, insya-Allah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan berhasrat memperkenalkan sekolah khas untuk anak golongan paling miskin di negara ini supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pendidikan.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata operasi sekolah khas itu antara lain akan mempunyai hala tuju serta mekanisme yang jelas dalam usaha memastikan pelaksanaan ia benar-benar berjaya bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak golongan miskin.
Sementara itu, beliau berkata setakat ini terdapat 17 SDH yang sedang beroperasi di 11 negeri termasuk di HSB, Kedah serta Hospital Tuanku Fauziah (Perlis) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Program SDH kini antara yang sedang diberikan penekanan oleh KPM.
"...kita akan kembangkan lagi (Program SDH), sebab itu saya sudah maklumkan kepada Datuk (Ketua) Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia dan perbincangan saya dengan Menteri Kesihatan, untuk kita terus teroka hospital-hospital lain, sebab isunya ialah ruang, kita pun tak nak ganggu perjalanan hospital.
"Ruang (Program SDH) ini sangat penting khususnya apabila kita bercakap tentang akses pendidikan kepada anak-anak kita, dan tidak terkecuali di hospital," katanya yang turut memberitahu pembelajaran melalui Program SDH itu fleksibel dalam persekitaran kondusif.
Fadhlina berkata guru-guru dari KPM yang bertugas untuk sesi pembelajaran bagi program SDH itu adalah terlatih dalam hal mengendalikan pelajar yang sedang menjalani rawatan di hospital.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini. - Foto BERNAMA

ByteDance hadir dengan model AI 'Goku', fokus janaan video
Goku diperkenalkan dalam bentuk sumber terbuka, membolehkan pelbagai pengkaji dan pembangun turut menyemak penawarannya.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Google Play Store mula beri amaran tidak muat turun aplikasi kurang popular
Amaran ini hanya sebagai konteks yang ada aplikasi alternatif dan tidak bermakna aplikasi ini berbahaya untuk digunakan.

Ramadan lebih indah apabila dirai bersama - Keanu Azman
Bagi Keanu Azman, keindahan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan semangat kebersamaan yang dibawakan oleh Astro.
AWANI Ringkas: Kebakaran stesen janakuasa di Port Dickson
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zoo Jepun larang lelaki bujang masuk taman haiwan
Sebuah zoo di Jepun melarang lelaki bujang memasuki kemudahannya kerana dibimbangi akan menganggu pengunjung wanita.
TikTok kembali ke App Store Apple AS
TikTok kembali ke App Store Apple Di Amerika Syarikat pada Khamis selepas Presiden Donald Trump menangguhkan pengharaman-nya sehingga 5 April.
Jelajah Assalamualaikum Rara 2025 Kelantan
Menyahut semangat kepelbagaian ini, Astro meneruskan siri jelajah Assalamualaikum Rara 2025 dengan tema 'Meriah Lain Macam'. Saksikan perkongsian lanjut bersama wartawan Astro AWANI, Amirul Aiman dan Duta Ramadan Raya Astro, Zizan Razak.
Gencatan senjata: Hamas akan bebaskan tawanan jika Israel patuhi perjanjian
Kumpulan Pejuang Palestin Hamas bahawa ia sedia untuk menyambung semula pembebasan tawanan seterusnya pada Sabtu jika Israel mematuhi syarat perjanjian gencatan senjata Gaza.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.

KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.

Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.

Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.

KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.

Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.