awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
James Cameron sahkan Michelle Yeoh bakal bintangi dua sekuel filem Avatar
AirBorneo selesai peralihan DCS, mula beroperasi di bawah kod penerbangan sendiri
Anak pasangan maut di Sri Aman diberi sokongan psikososial - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM alu-alukan kajian semula elaun pengetua, guru besar

Bernama
Bernama
08/10/2025
05:00 MYT
KPM alu-alukan kajian semula elaun pengetua, guru besar
Wong berkata, kadar elaun semasa dilihat antara faktor utama menghalang minat dalam kalangan guru untuk menyertai kursus Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mengalu-alukan sebarang pendekatan atau pembaharuan berhubung semakan semula elaun pengetua dan guru besar, yang ketika ini masing-masing RM300 dan RM200.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata hal ini kerana kadar elaun semasa dilihat antara faktor utama menghalang minat dalam kalangan guru untuk menyertai kursus Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) sekali gus menyumbang kepada masalah kekurangan pemimpin sekolah.
"Kami pun ada mendengar berkenaan dengan pandangan daripada pihak pendidik sekolah bahawa ia (elaun) mungkin merupakan satu daripada faktor yang membataskan atau menyebabkan kekurangan minat (menyertai kursus NPQEL).
"Namun kadar elaun ini sememangnya ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam penggredan dan juga penskiman sedia ada... pada ketika ini kedua-dua elaun itu masih kekal," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang ingin tahu sama ada KPM bersedia menyemak semula elaun atau insentif diberikan kepada pengetua supaya dapat menarik minat guru berpotensi untuk mengikuti kursus NPQEL.
Topic Berkaitan
#elaun pengetua
#elaun guru besar
#Wong Kah Woh
#KPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan