awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPPK pandang serius syarikat tidak endah kebajikan pekerja - Khairuddin

Fareez Azman
Fareez Azman
22/12/2020
12:12 MYT
KPPK pandang serius syarikat tidak endah kebajikan pekerja - Khairuddin
Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya mengutuk sekeras kerasnya tindakan segelintir syarikat yang sengaja melanggar atau enggan mematuhi undang-undang ditetapkan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memandang serius terhadap insiden yang berlaku ke atas kebajikan pekerja asing di sebuah kilang sarung tangan getah baru baru ini.
Menterinya, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya mengutuk sekeras kerasnya tindakan segelintir syarikat yang sengaja melanggar atau enggan mematuhi undang-undang ditetapkan.
"KPPK mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir syarikat yang sengaja melanggar atau enggan mematuhi undang-undang dan peraturan, sebaliknya hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira faktor keselesaan serta keselamatan pekerja yang merupakan penyumbang utama kepada keuntungan syarikat.
"Ini kerana tanpa pekerja-pekerja terbabit, syarikat dan industri tidak mungkin memperoleh keuntungan berlipat ganda lebih-lebih lagi semasa musim pandemik COVID-19 ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA: Menteri terkejut ratusan pekerja kilang berhimpit dalam kontena bau hancing, hapak
Tambahnya, sebagai majikan adalah menjadi kewajipan bagi pihak syarikat untuk menjaga kebajikan para pekerja mereka sebaik mungkin termasuk pekerja asing.
Justeru, KPPK mengesa pihak industri di semua sektor agar sentiasa patuh kepada undang-undang perburuhan dan juga peraturan ditetapkan kerajaan.
"Kementerian turut berharap agar persatuan industri mengambil tanggungjawab, mengingatkan semua ahli di bawah naungan masing masing supaya sentiasa patuh kepada peruntukan undang-undang dan peraturan serta bekerjasama dengan kerajaan bagi menangani isu ini daripada terus berlarutan pada masa akan datang," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#KPPK
#undang-undang
#keselamatan
#COVID-19
#Mohd Khairuddin Aman Razali
#pekerja asing
#kilang sarung tangan getah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan