Beliau berkata arahan untuk membuka semula KPTM itu, diberikan selepas mengambil kira keperluan pendidikan tinggi di kawasan luar bandar khususnya di Gua Musang dan seluruh Kelantan.
"Saya telah mengarahkan KPTM ini dibuka semula dan kursus-kursus yang ditawarkan akan disesuaikan dengan kebolehpasaran graduan. Fokus diberikan kepada pelajar-pelajar di sekitar Gua Musang dan Kelantan, untuk mengikuti kursus-kursus yang memenuhi permintaan pasaran kerja.
"Antara bidang yang akan ditawarkan termasuk kursus berkaitan robotik, Internet of Things (IoT), automotif serta program-program lain yang mendapat permintaan tinggi daripada industri," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera dan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kesedar di Dataran Awam Kampung Jerek, di sini, hari ini.
