awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis sempadan Thailand-Kemboja: Malaysia sambut baik peranan aktif Trump - PM Anwar

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2025
16:10 MYT
Krisis sempadan Thailand-Kemboja: Malaysia sambut baik peranan aktif Trump - PM Anwar
Anwar turut memaklumkan Kemboja dan Thailand telah menyatakan komitmen untuk memilih ruang dialog sebagai jalan penyelesaian utama.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik peranan signifikan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam membantu meredakan ketegangan di sempadan Kemboja dan Thailand, susulan perkembangan terkini yang mencetuskan kebimbangan serantau.
Anwar dalam kemas kini di media sosial berkata beliau baru sahaja mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Trump untuk membincangkan situasi keselamatan di sempadan kedua-dua negara berkenaan.
Menurutnya, Presiden AS itu telah mengambil langkah proaktif dengan menghubungi sendiri Perdana Menteri Kemboja dan Thailand bagi memastikan sebarang pertikaian diselesaikan secara tertib dan mengelakkan eskalasi ketenteraan.
“Saya mengalu-alukan peranan aktif Presiden Trump yang telah turut menghubungi Perdana Menteri Kemboja dan Thailand demi memastikan apa jua perbezaan ditangani dengan tertib,” katanya.
Perdana Menteri turut memaklumkan Kemboja dan Thailand telah menyatakan komitmen untuk memilih ruang dialog sebagai jalan penyelesaian utama, seiring dengan pendekatan diplomatik yang digariskan di bawah Kerangka Perjanjian Damai Kuala Lumpur.
"Saya menegaskan bahawa kedua-dua negara telah mengundurkan ketumbukan tentera dari sempadan, seiring dengan pendekatan yang telah disepakati di bawah Kerangka Perjanjian Damai Kuala Lumpur," tambahnya.
Media antarabangsa melaporkan pada Isnin, Panglima Angkatan Tentera Thailand mengumumkan penggantungan semua perjanjian dengan Kemboja berikutan letupan periuk api di sempadan sekali gus meningkatkan lagi ketegangan selepas pertempuran pada Julai.
Empat askar Thailand dilaporkan cedera selepas periuk api jenis PMN-2 meletup semasa rondaan di wilayah Sisaket dengan seorang kehilangan kaki kanan.
Perjanjian Damai Kuala Lumpur ditandatangani Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Hun Manet, disaksikan oleh Anwar dan Trump, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Donald Trump
#ASEAN
#Thailand
#Kemboja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan