awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kritik prestasi Lee Zii Jia, Hafizal Hamad terima ugutan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
31/08/2022
16:14 MYT
Kritik prestasi Lee Zii Jia, Hafizal Hamad terima ugutan
Hafizal membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri dan keluaarga terancam. - Gambar/ IG Hafizalhamad
KUALA LUMPUR : Pengulas sukan Astro ARENA, Hafizal Hamad menerima ugutan daripada seorang individu susulan kritikan beliau terhadap pemain badminton negara, Lee Zii Jia yang dikatakan semakin merosot.
Ugutan itu diterima menerusi akaun Instagramnya pada 27 Ogos lalu, menyebabkan beliau yang bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga tampil membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada Rabu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan menerima laporan tersebut.
Menurutnya, komen pengulas sukan itu berkemungkinan mencetuskan perasaan tidak puas hati terhadap pihak tertentu.
“Pengadu telah membuat laporan polis pada 31 Ogos 2022 kerana mesej berkenaan mendatangkan kegusaran kepada pengadu sekeluarga.
“Hasil siasatan awal pihak polis, pengadu ada menyentuh berkenaan kemerosotan pemain badminton negara Lee Zii Jia semasa mengulas dalam rancangan ‘Nindia Pak Long’,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ujarnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Hafizal Hamad
#Astro Arena
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan