awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kronologi ancaman bom di kompleks Bursa Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
30/09/2016
08:53 MYT
Kronologi ancaman bom di kompleks Bursa Malaysia
Pada jam 3.24 petang, polis mengesahkan kawasan kejadian selamat serta petugas dan kakitangan Bursa Malaysia boleh kembali bertugas seperti biasa. -Foto Astro AWANI / Shamim Hasni
Orang ramai gempar apabila salah satu kawasan paling sibuk di ibu negara digemparkan dengan ancaman bom melibatkan bangunan Bursa Malaysia di sini hari ini.
Berikut kronologi kejadian:
9.00 pagi Suasana tenang, kakitangan yang bertugas di Bursa Malaysia dan organisasi lain yang berpusat di bangunan tersebut memulakan tugas seperti biasa.
12.01 tengah hari Pejabat Am Bursa Malaysia menerima panggilan ancaman bom. Panggilan tersebut menyebut serangan bom akan dibuat selepas solat Jumaat di bangunan Bursa Malaysia.
Selain itu, ia melibatkan ancaman terhadap Kuil Sri Ganeshar di Jalan Pudu Lama yang terletak di belakang Menara Maybank, Jalan Tun Perak.
Empat panggilan diterima mengenai ancaman yang sama.
1.00 tengah hari Pihak Bursa Malaysia mengarahkan bangunan dikosongkan termasuk bangunan Annexe Bursa Malaysia yang merupakan pusat operasi penyiaran Astro AWANI.
1.20 petang Polis mengepung kawasan sekitar termasuk menutup beberapa jalan seperti Jalan Pudu Lama, Persiaran Maybank berdekatan Jalan Raja Chulan.
1.40 petang Skuad Anjing Pengesan PDRM (K-9) tiba dan memasuki bangunan Bursa Malaysia untuk membuat pemeriksaan.
3 petang Jurucakap polis memaklumkan tiada bom dijumpai dan pemeriksaan masih diteruskan.
Ancaman bom
Orang awam tidak dibenarkan untuk memasuki kompleks Bursa Malaysia selepas pihak pentadbiran menerima panggilan tentang ancaman bom di bangunan itu. - Gambar Astro AWANI
IKUTI LAPOR LANGSUNG ASTRO AWANI DI SINI
3.24 petang Ketua Keselamatan Bangunan Bursa Malaysia, SI Mispan Kaliman mengesahkan keadaan selamat sepenuhnya dan petugas dibenarkan memasuki bangunan.
Polis meminta kakitangan Bursa Malaysia untuk memaklumkan pihak berkuasa jika terdapat sebarang objek yang mencurigakan.
3.30 petang Perniagaan serta urusan di sekitar tempat kejadian diteruskan seperti biasa.
5.41 petang Bursa Malaysia Berhad memaklumkan bahawa urus niaga di Bursa Malaysia berjalan seperti biasa walaupun menerima ancaman bom.
Ancaman bom
Anggota polis dan skuad K9 sedang memantau keadaan di sekitar kompleks Bursa Malaysia hari ini. - Gambar Astro AWANI
Topic Berkaitan
#ancaman bom
#Ancaman palsu
#bursa
#Bursa Malaysia
#panggilan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan