Berikut kronologi perkembangan operasi mencari kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.
Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang itu terputus hubungan ketika berada 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan.
Ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi pada hari yang sama.
Hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan Malaysia, Australia dan China bersetuju menggantung operasi pencarian selama 34 bulan di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi.
Sebelum ini, operasi pencarian turut melibatkan kawasan perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka.
Bagaimanapun, misi pencarian akan disambung semula jika ada petunjuk baharu.
2014
* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu dilancarkan di Laut China Selatan.
* 9 Mac - Kawasan pencarian diperluaskan ke Selat Melaka selepas disahkan pesawat itu telah berpatah balik.
- Beberapa negara termasuk Singapura, Vietnam, Indonesia, China dan Amerika Syarikat mengerahkan anggota dan aset masing-masing untuk membantu dalam operasi SAR.
* 15 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kali terakhir pesawat itu berkomunikasi dengan satelit berkemungkinan dari satu daripada dua koridor; koridor utara daripada sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand atau koridor selatan, lebih kurang dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
- 26 negara terlibat dalam operasi meliputi 2.24 juta batu nautika persegi.
* 24 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Naib Tun Razak mengumumkan bahawa data dikeluarkan satelit Inmarsat Britain memutuskan bahawa penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi dan Australia akan mengetuai operasi mencari di kawasan itu.
* 1 April - Kerajaan Australia melancarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) bagi menyerlaras operasi pencarian MH370.
* 4 April - JACC berkata operasi mencari MH370 memasuki fasa baharu dengan pencarian dilakukan di dasar laut di selatan Lautan Hindi bagi mengesan 'pinger' kotak hitam.
* 31 Julai - JACC berkata kerja-kerja mengukur batimetrik oleh kapal Zhu Kezhen dan Fugro Equator di sepanjang arka ketujuh di selatan Lautan Hindi berjalan lancar.
* 21 Okt - Kapal Malaysia yang diberi kontrak, Go Phoenix, menyertai operasi mencari bersama kapal Fugro Discovery dan Fugro Equator, kedua-dua kapal yang diberi kontrak oleh Malaysia dan Australia.
- Kemudian, satu lagi kapal, Fugro Supporter ditambah untuk membantu operasi mencari.
2015
* 29 Jan - Ketua Pengarah, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman secara rasmi mengisytiharkan MH370 adalah satu kemalangan mengikut Standard Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal dianggap terkorban.
* 12 Feb - Kerajaan Malaysia berbincang dengan China untuk menambah kapal bagi menyertai operasi mencari MH370, ketika ini melibatkan empat kapal.
* 25 Feb - Operasi SAR MH370 di kawasan terpencil Lautan Hindi meliputi dasar laut lebih 24,000 kilometer persegi iaitu kira-kira 40 peratus daripada kawasan pencarian utama, kata JACC.
* 18 Jun - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia meneruskan fasa kedua misi pencarian MH370 dengan hanya dua kapal meredah kawasan terpencil di Lautan Hindi. Fasa pertama meliputi lebih 52,000 kilometer persegi selesai pada bulan yang sama.
* 29 Julai - Seorang pekerja pembersih pantai di pulau La Reunion di Lautan Hindi, milik Perancis, menemui bahagian sayap sepanjang 2.7 meter dikenal sebagai 'flaperon' di mana para pakar percaya ia milik sebuah pesawat jenis Boeing 777. MH370 merupakan satu-satunya pesawat jenis Boeing yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi.
* 6 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa flaperon yang ditemukan di pulau La Reunion itu adalah daripada pesawat MH370.
2016
* 7 Mac - Serpihan kedua dipercayai kemungkinan milik psawat MH370 ditemui di pulau La Reunion, demikian dilaporkan oleh agensi berita AFP.
* 20 April - Dua serpihan ditemukan di pantai di Mozambique hampir pasti daripada pesawat MH370, menurut Laporan Pemeriksaan Teknikal yang dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
* 14 Mei - DCA hampir 90 peratus pasti kedua-dua serpihan yang ditemukan, masing-masing di Afrika Selatan dan Mauritius adalah daripada pesawat MH370.
* 22 Julai - Malaysia, China dan Australia memutuskan untuk menangguhkan operasi pencarian pesawat MH370 apabila pencarian di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi selesai.
* 16 Sept - Dua daripada sejumlah 24 serpihan pesawat ditemui di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania disahkan adalah daripada pesawat MH370 manakala empat lagi hampir pasti daripada pesawat yang hilang itu.
* 7 Okt - Para pakar ATSB memutuskan serpihan yang dijumpai di pulau Mauritius adalah daripada pesawat MH370.
* 20 Dis - ATSB berkata kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian sebelum ini bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat MH370.
2017
* 17 Jan - Operasi pencarian MH370 di dasar laut di Lautan Hindi digantung, demikian menurut kenyataan tiga pihak - Malaysia, Australia dan China.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2017
Berikut kronologi perkembangan operasi mencari kehilangan pesawat MH370 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. - Gambar fail
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Kronologi kehilangan MH370 sejak 2014 hingga 2017
Berikut kronologi perkembangan operasi mencari kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.
Cuaca baik bantu operasi AMSA di Lautan Hindi
Lembaga Keselamatan Maritim Australia positif bahawa cuaca baik pada hari Jumaat akan membantu dalam mencari objek yang terapung.