KUALA LUMPUR : Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menerima kunjungan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya, semalam.

"Menerima kunjungan dari Datuk Seri @DrZahidHamidi dan Datuk Seri @NajibRazak," katanya dalam ciapan yang dikongsi di akaun Twitternya, pada pukul 9.27 malam, pada Rabu.

Pada Ogos tahun lalu, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO  itu pernah mengeluarkan kenyataan menggemparkan, apabila meminta pemimpin UMNO dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera berundur daripada jawatan masing-masing.

Gesaan itu dibuat berikutan pengumuman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menerima bukan Melayu sebagai ahli parti.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, berkata pengumuman Bersatu dengan sendirinya menghilangkan kelayakan parti itu sebagai anggota Pakatan Melayu Islam yang didukung Muafakat Nasional.

Malah Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li sebelum ini tidak menghormati disiplin UMNO apabila mengadakan sidang media bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Ku Li dan Tun M runding bentuk kerjasama

BACA: Henti main wayang kulit, putuskan segera hubungan dengan PN - Ku Li

Dalam sidang media itu, beliau dan Dr Mahathir sepakat menyatakan kesediaan berkhidmat untuk negara ini tanpa sebarang gaji jika dikehendaki.