awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
Pengambilan terus pekerja asing langkah pembaharuan struktur pasaran buruh negara - DPMM
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ku Nan bincang dengan pengendali Soup Kitchen

Bernama
Bernama
05/07/2014
23:49 MYT
Ku Nan bincang dengan pengendali Soup Kitchen
Kerajaan menghargai peranan yang dilaksanakan sukarelawan seperti pengendali Soup Kitchen. -Foto fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mengadakan perbincangan dengan pengendali 'Soup Kitchen' yang memberi sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.
Perbincangan itu bertujuan mencari penyelesaian bersama yang boleh diterima semua pihak, kata Najib menerusi tweet terkini beliau.
Katanya kerajaan amat prihatin terhadap nasib golongan miskin dan gelandangan serta menghargai peranan yang dilaksanakan sukarelawan seperti pengendali Soup Kitchen ini.
Pada Khamis, Tengku Adnan berkata aktiviti Soup Kitchen tidak lagi dibenarkan beroperasi di sekitar 2km radius dari pusat beli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata langkah itu adalah usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah serta gelandangan dan aktiviti Soup Kitchen yang memberi makanan kepada mereka mencemarkan imej bandar raya, terutamanya dari segi kebersihan.
Bagaimanapun, pengendali Soup Kitchen menyangkal dakwaan itu.
Topic Berkaitan
#Najib Tun Razak
#soup kitchen
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan