awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuala Lumpur catat kompaun ingkar PKPP tertinggi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/10/2020
10:12 MYT
Kuala Lumpur catat kompaun ingkar PKPP tertinggi
Ismail Sabri berkata, tiga negeri yang mencatatkan jumlah paling tinggi kenderaan yang diarah patah balik iaitu Sabah, Johor dan Kuala Lumpur. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kuala Lumpur merekodkan pengeluaran kompaun tertinggi atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan 229 individu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, angka itu diikuti Selangor dengan 162 individu dikompaun sementara Perak 94 individu.
"Task force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas mereka yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.
Ismail Sabri berkata, pada Isnin, penguat kuasa mengeluarkan sejumlah 604 kompaun atas pelbagai kesalahan ingkar PKPP termasuk ingkar memakai pelitup muka.
Dalam pada itu, katanya, sebanyak 310 kenderaan pula diarah berpatah balik oleh anggota keselamatan di sekatan jalan raya atas pelbagai alasan pergerakan termasuk ketika cuba merentasi negeri yang sedang dilaksanakan Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) dan keluar dari lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Tiga negeri paling tinggi kenderaan yang diarah patah balik katanya, adalah Sabah dengan 201 kenderaan, diikuti Johor (64 kenderaan) dan Kuala Lumpur (45 kenderaan).
"Jadi saya menasihati jika ada keperluan perjalanan pergilah dulu ke mana-mana balai polis berhampiran, mohon kebenaran supaya tidak diarah berpatah balik," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPB
#ingkar PKPP
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan