KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kesal susulan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan sambutan tahun baharu 2024 di Kuala Lumpur dicemari sampah yang bertaburan.
DBKL menerusi hantaran di Facebook berkata, situasi sama dihadapi saban tahun susulan sikap dan pemikiran sesetengah warga kota yang masih ditakuk lama apabila membuang sampah sesuka hati.
"Hari ini merupakan hari pertama kita menjejaki tahun 2024. Semalam tahun 2023 ditinggalkan dengan seribu kenangan. Masing-masing daripada kita sudah pasti memasang azam untuk lebih berjaya dalam mengejar impian pada tahun ini.
"Namun permulaan bagi Kuala Lumpur pada tahun ini seperti biasa dicemari dengan sikap sesetengah warga kota yang masih mempunyai sikap dan cara berfikir di takuk lama.
"Membuang sampah sesuka hati dengan anggapan pandai-pandai la DBKL bersihkan nanti," menurut hantaran di Facebook pada Isnin.
Katanya, sikap tersebut tidak selari dengan hasrat menjadikan Kuala Lumpur indah seperti bandar-bandar di negara lain.
"Peliknya, kita masih nak bandingkan Kuala Lumpur dengan bandar-bandar di negara yang lain dari segi keindahannya... kena tengok bagaimana sikap warga mereka dalam soal kebersihan.
"Bukan minta anda tolong bersihkan kawasan.. cukup sebagai permulaan, masing-masing urus sampah sendiri, jangan buang merata dan kalau perlu, bawa plastik sampah sendiri," katanya.
Dalam pada itu DBKL turut berkongsi gambar keadaan selepas ambang tahun baru antaranya tin minuman bertaburan di atas jalan selain bekas makanan yang ditinggalkan di lokasi.
https://www.sinarharian.com.my/article/642135/edisi/selangor-kl/kuala-lumpur-dicemari-sampah-ambang-tahun-baharu-2024
Sinar Harian
Mon Jan 01 2024
Sampah makanan dan minuman bertaburan atas jalan (kiri), Keadaan sisa sampah makanan dan minuman bertaburan atas jalan. - Foto Facebook DBKL
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kuala Lumpur dicemari sampah ambang tahun baharu 2024
DBKL kesal susulan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan sambutan tahun baharu 2024 di Kuala Lumpur dicemari sampah yang bertaburan.
9 terbunuh dalam rempuhan ketika sambutan tahun baharu
Menurut polis kejadian itu melibatkan beberapa juvana yang sedang menghadiri pertunjukan muzik.
Ops Ambang Tahun Baharu: 253 individu ditahan di P. Pinang atas pelbagai kesalahan
Biarpun telah diberi amaran keras oleh polis agar tidak menganjurkan sambutan Tahun Baharu 2022, namun masih ada pihak yang berani mengingkari arahan tersebut.
Sambutan tahun baharu Sarawak berskala kecil, tidak langgar arahan MKN - Abdul Karim
Sambutan acara Countdown 2021 yang akan dianjurkan di Stadium Tertutup Kuching akan dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dan hanya seribu tetamu dibenarkan hadir.
COVID-19: Jangkitan meningkat, Jerman kembali laksana sekatan pergerakan menjelang Krismas
Merkel dan 16 gabenor bersetuju untuk meningkatkan langkah sekatan negara dari 16 Disember hingga 10 Januari bagi menghentikan lonjakan kes