PELABUHAN KLANG: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata jumlah sampah yang dikeluarkan dari Sungai Klang sejak 2016 terus mencatatkan penurunan manakala tahap kualiti air di sungai itu berjaya ditingkatkan.
Beliau berkata kualiti air Sungai Klang, yang sebelum ini di kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga serta mencecah kelas pertama pada musim hujan manakala masalah bau juga semakin berkurangan.
"Penggunaan dua jentera pembersihan sungai (Interceptor) sejak 2019 dilihat sangat memberangsangkan dalam 'menangkap' sampah sarap terutama plastik dan ini menunjukkan kejayaan pencapaian kerajaan negeri iaitu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau (MBI) dan syarikat Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB)," katanya kepada pemberita selepas melawat taman paya bakau Mangrove Point di sini hari ini.
Terdahulu, Nik Nazmi menyaksikan majlis menandatangani kolaborasi di antara LLSB dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Jaringan Malaysia dan Brunei.
LLSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan melalui inisiatif Gerbang Maritim Selangor (SMG), sampah terapung seberat 86,021 tan metrik atau bersamaan berat 470 pesawat Boeing 747 telah ditarik keluar dari sungai itu.
"Pengurangan pengeluaran sampah tahunan sebanyak 63 peratus antara 2016 dan 2022 melepasi melepasi petunjuk prestasi utama Fasa 1 yang meletakkan sasaran pengurangan sebanyak 40 peratus.
"Pada tahun lepas, projek itu menyaksikan pengeluaran 6,117 tan metrik sampah terapung sebulan berbanding garis dasar pada 2016 sebanyak 16,408 tan metrik sebulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023
Kualiti air Sungai Klang yang sebelum ini di kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga serta mencecah kelas pertama pada musim hujan. - Sinar harian
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Sungai Klang Link, MTD Construction meterai MoU projek lebuh raya bertingkat baharu
Sungai Klang Link Sdn Bhd (SKL) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dengan MTD Construction Sdn Bhd (MTDC) bagi pembangunan serta pembinaan projek lebuh raya bertingkat.
PRN: Amirudin nafi salah laku kontrak bersih Sungai Klang, tidak terima elaun
Datuk Seri Amirudin Shari menyangkal dakwaan beliau menerima elaun daripada syarikat yang diberi kontrak membersihkan Sungai Klang.
Kualiti air Sungai Klang bertambah baik, jumlah sampah dikeluarkan catat penurunan
Kualiti air Sungai Klang yang sebelum ini di kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga serta mencecah kelas pertama pada musim hujan.
Inisiatif Selangor pulih Sungai Klang raih emas Green World Environment Awards 2023
LLSB berkata ia bersaing dengan lebih 500 pencalonan lain dari seluruh dunia dalam edisi anugerah tahun ini.
Air keruh: Projek EKVE masih dalam arahan berhenti kerja
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor berkata arahan itu susulan pelanggaran syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
Sungai Klang bakal jadi sumber bekalan air rakyat Selangor
Sungai Klang disasarkan untuk menjadi antara sumber bekalan air bagi kegunaan rakyat Selangor pada masa hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Suspek kes bunuh Siti Soffea ada empat rekod jenayah lampau - Polis
Pihak polis akan menghubungi waris si mati yang berada di Sg Petani dan Kulim Kedah, untuk membuat pengecaman ke atas mayat.
Mayat bayi bertali pusat, kepala pecah ditemui di Sungai Klang
Mayat seorang bayi lelaki yang bertali pusat dengan keadaan kepalanya pecah ditemui di Sungai Klang berdekatan kawasan Pengkalan Sungai Udang di sini hari ini.