awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuarantin: Menteri tidak terkecuali - Muhyiddin

Bernama
Bernama
24/08/2020
10:27 MYT
Kuarantin: Menteri tidak terkecuali - Muhyiddin
Muhyiddin menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya. - Gambar fail
Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius perbuatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali didakwa melanggar perintah kuarantin selepas pulang dari Turki, 7 Julai lalu.
Justeru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang.
“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dilaporkan tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah dengan menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu.
Berikutan itu, Mohd Khairuddin dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).
Beliau turut meminta maaf dan memulangkan gaji sebagai menteri selama empat bulan bermula Mei hingga Ogos sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#KKM
#kuarantin
#Mohd Khairuddin
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#rakyat Malaysia
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan