awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuarters KTMB, kereta, motosikal terbakar di Batu Gajah

Aida Aziz
Aida Aziz
01/02/2025
00:00 MYT
Kuarters KTMB, kereta, motosikal terbakar di Batu Gajah
Sebuah kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di Batu Gajah, Perak, musnah dalam kejadian kebakaran pada lewat petang Jumaat.
BATU GAJAH: Sebuah kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di sini, musnah dalam kejadian kebakaran pada lewat petang Jumaat.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kebakaran itu turut membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan motosikal.
Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 5.55 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Pasir Puteh, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pusing dan Pekan Baru ke lokasi.
"Seramai 20 orang anggota bomba terbabit dalam kerja-kerja memadam kebakaran.
"Rumah kuarters tersebut musnah terbakar sebanyak 75 peratus, bagaimanapun tidak membabitkan mangsa," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.
Beliau menambah, ketua operasi melaksanakan sizeup seterusnya mengaplikasikan konsep RECEO dengan mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman sehingga selesai.
Katanya lagi, operasi terkawal pada jam 6.04 petang dan tamat sepenuhnya 7.31 malam.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Keretapi Tanah Melayu Berhad
#Batu Gajah
#kuarters KTMB terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan