Idea seorang doktor untuk menghasilkan kubikel yang mampu melindungi petugas kesihatan daripada jangkitan virus COVID-19, ketika melakukan saringan pesakit menjadi kenyataan, apabila ia dipasang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, pada Ahad.
Kubikel yang dinamakan "I3S Cubicle" itu dipasang di hadapan unit kecemasan HTAA dan menurut Dr Ahmed Kamarulzaman yang mengilhamkannya, kubikel berwarna putih bernilai RM13,000 itu, mengambil masa sehari untuk disiapkan.
Beliau yang juga seorang doktor berkata, pembuatan kubikel itu bermula pada 2 April lalu di sebuah kilang di Kajang, Selangor, dan pemilihan logo I3S itu membawa maksud 'isolate' (pengasingan), 'examine' (pemeriksaan) dan 'sampling' (pensampelan).
"Idea untuk menghasilkan kubikel ini terlintas pada pertengahan bulan lalu, dengan niat mahu membantu petugas kesihatan daripada terus bimbang dengan risiko jangkitan virus itu, semasa mengambil sampel mereka yang disyaki.
"Selain itu, kekurangan peralatan perlidungan diri (PPE) yang semakin meruncing untuk petugas kesihatan juga, menyebabkan pasukan kami cuba untuk melaksanakan projek ini secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas siap pemasangan I3S Cubicle di HTAA di sini, pada Selasa.
Dr Ahmed yang memiliki klinik sendiri di Kuantan berkata, dua ruang dalam kubikel itu bagi mengasingkan petugas kesihatan dan pesakit, dan dengan itu mereka tidak berkongsi udara, selain penggunaan sarung tangan khas, menyebabkan tiada kontak secara langsung berlaku antara kedua-dua pihak.
"13S Cubicle ini memang berkesan untuk mengasingkan petugas kesihatan dengan pesakit, semasa mengambil sampel seperti ujian tekak dan dalam masa sama tidak melemaskan petugas, kerana turut dilengkapi dengan sistem pengudaraan yang baik," katanya.
Dr Ahmed berkata, usaha itu mendapat sokongan pelbagai pihak seperti Yayasan Muamalat Belia, Universiti Teknologi Malaysia, Klinik Alfa KotaSAS dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), selain mendapat maklumat balas yang baik, daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
Ditanya mengapa HTAA menjadi 'lokasi pertama' pemasangan kubikel itu, Dr Ahmed berkata, ia ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan lebih mudah untuk beliau yang tinggal di daerah ini, memantau keupayaan inovasinya itu.
Dr Ahmed berkata, mereka juga sudah menerima permohonan untuk membina kubikel itu dengan lebih banyak bagi kegunaan hospital dan klinik kesihatan, khususnya di zon merah COVID-19, dan buat masa ini sedang mencari dana mencukupi bagi tujuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 05 2020

Seorang pengunjung melihat 13S Cubicle Mark IX yang telah dipasang di Hospital Tengku Ampuan Afzan, 5 April, 2020. --fotoBERNAMA

Pelajar Carut Guru | Polis kenakan tindakan, keluar saman
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata tindakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil akan dikenakan ke atas pelajar berkenaan.

Kahwin Bawah Umur | Kes cerai meningkat
Perkahwinan bawah umur bukan sahaja mengekang hak seseorang untuk mendapat pendidikan sebaliknya turut meningkatkan kes penceraian yang disebabkan keganasan rumahtangga dan seksual.

Cucuk Mata Anjing | Warga emas berdepan hukuman penjara atau denda
Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan mencederakan seekor anjing jalanan pada Oktober tahun lepas. Mengikut pertuduhan, Ng Ah Leak, berusia 75 tahun, didakwa menjolok mata kiri anjing berkenaan dengan buluh sepanjang 2.4 meter sehingga menyebabkan haiwan itu menderita dan mengalami kesakitan.

Skim pampasan buat penerima vaksin dengan kesan sampingan serius akan diumum - Khairy
Skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada kes kesan sampingan serius yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin COVID-19.

AWANI Ringkas: Tujuh diambil keterangan dakwaan potong barisan vaksin
![[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894394/26093765221615270766184_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Niaga AWANI: MEDAC | Memperkasa koperasi untuk pulih ekonomi ahli

Sijil pengecualian kepada individu yang tidak boleh diberikan vaksin - Khairy
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata individu berkenaan termasuk mereka yang berdepan alahan atau masalah kesihatan.

Inisiatif KASA | Wakaf air bantu mudahkan penduduk
Bagi kebanyakkan kita, mendapatkan air semudah membuka paip. Tetapi bagi penduduk di Kampung Melayu Seelong Kulai, Johor, mereka terpaksa mengangkut air, menapis air hujan untuk minum sejak hampir 30 tahun lalu kerana ketiadaan bekalan air.

Isu negeri yang masih di bawah angka 5,000 pemberian vaksin
Sesi libat urus bersama Ketua Menteri dan Menteri Besar sedang dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi di lapangan untuk negeri yang masih di bawah 5,000 pemberian vaksin..

Kubikel diilhamkan doktor, siap dipasang di HTAA
13S Cubicle berkesan untuk mengasingkan petugas kesihatan dengan pesakit, semasa mengambil sampel seperti ujian tekak dan dalam masa sama tidak melemaskan petugas.