awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, petrol RON97 dan RON95 kekal
Rasuah di Malaysia: Kes Najib tidak dijadikan pengajaran – Mohd Annuar
Pasaran saham Indonesia kembali beroperasi, indeks utama kekal tidak menentu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan kedua misi kemanusiaan berlepas ke Gaza esok

Bernama
Bernama
11/08/2014
01:25 MYT
Kumpulan kedua misi kemanusiaan berlepas ke Gaza esok
Gambar fail Abdul Azeez bersama para sukarelawan Misi Kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin ke Gaza meneliti barang keperluan perubatan serta keperluan asas ketika menghantar para sukarelawan tersebut di KLIA pada Ogos 6. - fotoBERNAMA
Pengerusi Biro Kebajikan Umno Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan berlepas ke Gaza Selasa ini bersama kumpulan kedua sukarelawan misi kemanusiaan ke Palestin.
Beliau berkata kumpulan sukarelawan itu terdiri daripada doktor, media dan petugas lain menyertai misi berkenaan dengan objektif, antara lain, menyampaikan bantuan 40 tan metrik ubat-ubatan serta makanan.
Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia itu juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merestui pemergian kumpulan berkenaan namun pada masa sama, menekankan agar aspek keselamatan perlu diberi keutamaan.
"Kumpulan pertama seramai enam orang telah berlepas lebih seminggu lalu bagi membuat persediaan dan analisis awal untuk menentukan keadaan sepanjang perjalanan dan sewaktu di Gaza selamat dan lancar," katanya kepada pemberita selepas program lawatan dan sumbangan kepada Masyarakat India di Kampung Kuala Temekah, Kuala Ketil dekat sini semalam.
Abdul Azeez berkata sepanjang di Gaza, pihaknya akan membuat bancian kemusnahan dan kerosakan bagi menentukan bantuan lain yang boleh disalur oleh kerajaan Malaysia.
Topic Berkaitan
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#bantuan
#Gaza
#Israel
#KP1M
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan