GEORGE TOWN:Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan provokasi terhadap penjawat awam serta melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kejadian kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sri Tanjung Tanjong Tokong, Ahad lalu.
Bagi pertuduhan melakukan provokasi, Shahrizal Anuar, 38, dan Mohd Safwan Akbar, 29, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan.
Bagaimanapun, dua lagi tertuduh, Mohd Hafiz Nasri Shah, 28, dan Mohd Danial Al Arabia Mohd Rafi, 24, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, semua mereka didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membuat provokasi terhadap tiga anggota polis di persimpangan lampu isyarat Jalan Tanjong Tokong pada jam 5.40 petang, 17 Januari lalu.
Bagi kesalahan itu mereka dituduh mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah kemudian menetapkan 25 Januari depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman terhadap Shahrizal dan Mohd Safwan manakala 25 Februari depan ditetapkan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam bagi Mohd Hafiz dan Mohd Danial Al Arabia.
Mahkamah turut menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap keempat-empat tertuduh.
BACA: Polis siasat insiden dua remaja kemalangan larikan diri daripada polis
BACA: Tuduh polis tendang motosikal: Siasatan 7 lelaki halang tugas penjawat awam selesai
Sementara itu, keempat-empat mereka bersama tiga lagi tertuduh iaitu Azizul Mohamad, 45; Mohd Idris Ayob, 25; dan Danish Ikmal Mohd Shafiq Samugam, 20, mengaku bersalah atas pertuduhan ingkar PKP di lokasi dan masa yang sama.
Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.
Mereka boleh dihukum denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menetapkan 25 Januari ini sebagai tarikh menjatuhkan hukuman serta membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Asisten Komisioner Siti Hajar Jaafar manakala Danish Ikmal diwakili peguam, Mohd Rafiee Noordin. Tertuduh lain bagaimanapun tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan tujuh lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden sekumpulan individu yang mengepung dan menghalang tugas polis semasa kemalangan membabitkan dua lelaki di Tanjong Tokong pada 5.30 petang Ahad lepas.
Insiden itu tular di dalam media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang menuduh anggota polis sengaja menendang motosikal terbabit sehingga kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah.
Polis bagaimanapun menafikan penglibatan anggota berkenaan dan memaklumkan dua lelaki terbabit melanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat itu ketika melarikan diri daripada anggota polis.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jan 22 2021

Semua mereka turut didakwa ingkar PKP dan membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan itu. - Astro AWANI

AWANI Ringkas: MH370 – Kerajaan sedia bincang pencarian semula

Hari Wanita 2021 | Hanya kita yang tahu kelebihan diri sendiri - Sherry Alhadad
Tidak mudah untuk berada dalam industri seni tanah air, namun itu bukan penghalang buat pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad untuk terus berjaya dalam industri seni.

AWANI Ringkas: PM berlepas ke Riyadh hari ini

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 116.71 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 116.71 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Hari Wanita 2021 | Kesamarataan perlu bermula di rumah
Dalam sistem patriarki pada tahap keluarga, lelaki dilihat sering mendahului wanita dalam segala aspek. Namun, dalam era modenisasi, perspektif patriarki harus digantikan dengan perspektif kesamarataan. Justeru, pendedahan kepada nilai kesamarataan jantina harus bermula dalam keluarga sendiri, di mana ibu bapa digalakkan mendidik anak-anak lelaki dan perempuan mereka untuk hidup seiring dan saling membantu.

Hari Wanita Sedunia | Penyakit Autoimun bukan penghalang kejayaan
Dr Rebecca Wong Shin Yee, sememangnya suatu nama yang tidak asing lagi dalam dunia sains bukan sahaja di Malaysia, malah di seantero dunia. Namun, siapa sangka insan yang tersenarai sebagai 2 peratus saintis terkemuka dunia oleh Standford University itu menanggung derita akibat penyakit Autoimun.

COVID-19 | Kes kematian global kini lebih 2.59 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.59 juta kes. Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 524 ribu kes.

Hari Wanita 2021 | JPW, AIM Perak buka peluang kejayaan wanita
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi kesan kepada golongan wanita yang terlibat dalam sektor pekerjaan khususnya perniagaan. Usaha kerajaan menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19, memberi peluang untuk mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Singapura bina ladang solar terapung
Ribuan panel solar disusun di perairan pantai Singapura dalam usaha republik itu membina ladang suria disebalik kekurangan kawasan lapang.

Letupan di berek tentera, 20 maut dan lebih 600 cedera
Kejadian dipercayai disebabkan oleh kecuaian dalam pengurusan bahan letupan.

Provokasi terhadap polis, 4 lelaki diperintah lakukan kerja amal selama dua bulan
Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membuat provokasi terhadap tiga anggota polis.

Kumpulan lelaki cetus provokasi terhadap polis didakwa
Mereka didakwa atas pertuduhan melakukan provokasi terhadap penjawat awam serta melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tujuh lelaki ditahan halang dan maki anggota polis
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, kesemua lelaki berusia 23 hingga 45 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Patani dan Tanjung Tokong.

Karikatur atau penulisan ada kaitan sejarah hitam negara, satu provokasi - Pensyarah
Karikatur atau penulisan yang dipaparkan di mana mana kawasan atau tempat di negara ini tidak seharusnya melibatkan pihak yang mempunyai kaitan dengan sejarah hitam negara.

Draf RUU berkaitan 'ejen provokasi' sedang diteliti Peguam Negara
Bagaimanapun, ketika ini merekrut ejen tersebut bagi siasatan dan memberi keterangan di mahkamah tidak bertentangan dengan Perlembagaan.

PRN Sabah: Keadaan keselamatan tenang, terkawal menjelang penamaan calon - Polis
Calon dinasihatkan agar mengingatkan penyokong supaya tidak melakukan vandalisme atau khianat terhadap poster-poster dan bendera pihak lawan.

Pegawai polis ditahan halang anggota MPV jalankan tugas, ingkar PKP
Pasukan MPV berkenaan ke pusat hiburan itu selepas menerima laporan premis tersebut masih beroperasi dan dipenuhi pengunjung sekalipun sudah menghampiri 3 pagi.

India dan China setuju redakan ketegangan
India dan China bersetuju untuk berusaha mengurangkan ketegangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara susulan pertemuan menteri pertahanan antara dua negara kuasa nuklear Asia itu.

Eksploitasi isu bahasa: Kerajaan akan ambil tindakan tegas - Hamzah
Kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang mencetuskan provokasi dengan melanggar undang-undang.

Malaysia kutuk serangan dron, peluru berpandu ke atas Arab Saudi
Kesinambungan serangan yang disengajakan ini menunjukkan provokasi tidak perlu oleh puak Houthi terhadap negara tersebut.