awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kunci hotel kini boleh ditambah pada Google Wallet

Amanz
Amanz
27/06/2024
10:41 MYT
Kunci hotel kini boleh ditambah pada Google Wallet
Setakat ini hanya satu hotel disahkan menggunakan ciri ini iaitu Clarion Hotel Post di Gothenburg, Sweden. -Amanz
TIGA tahun lepas, aplikasi Apple Wallet dikemas kini untuk menyokong kunci pejabat, kad pengenalan digital dan juga kunci hotel.
Kini dengan Google Wallet turut mula menyokong banyak ciri lebih kurang sama dengan Apple, mereka juga mula menambah sokongan kunci hotel.
Menurut laman web Google Support, kaedah menambah kunci hotel ke dalam Google Wallet adalah sama dengan cara tambah kad debit atau kredit.
Pengguna perlu pergi ke laman web/aplikasi atau ikuti arahan emel untuk tekan butang “Add to Google Wallet”.
Selepas selesai, bergantung kepada peranti Android yang anda gunakan selepas peranti dinyah kunci sentuh sahaja belakang peranti ke tombol pintu hotel untuk membukanya.
Sayang sekali, tidak seperti tiket kapal terbang yang majoritinya secara automatik menyokong “Add to Google Wallet” – hotel perlu bekerjasama dengan Google sendiri jika mereka mahukan kunci mereka boleh dimasukkan ke Google Wallet.
Setakat ini hanya satu hotel disahkan menggunakan ciri ini iaitu Clarion Hotel Post di Gothenburg, Sweden. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google Wallet
#kunci hotel
#Clarion Hotel Post
#Apple Wallet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan