awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kunjungan Trump platform tegaskan suara Malaysia mengenai Palestin – Reezal Merican

Bernama
Bernama
03/10/2025
01:15 MYT
Kunjungan Trump platform tegaskan suara Malaysia mengenai Palestin – Reezal Merican
Lawatan Presiden Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada bulan ini tidak bermaksud Malaysia berkompromi atau melupakan perjuangan rakyat Palestin, kata Reezal Merican. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada bulan ini tidak bermaksud Malaysia berkompromi atau melupakan perjuangan rakyat Palestin.
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, lawatan itu sebaliknya membuka peluang penting untuk Malaysia menggunakan platform ASEAN bagi menyampaikan mesej kepada Trump secara bersemuka tanpa berselindung.
"Malaysia percaya, pendirian yang tegas dan konsisten di pentas antarabangsa adalah bukti bahawa isu Palestin tidak pernah luput daripada keutamaan kita.
"Selagi kezaliman berlaku, selagi itu Malaysia akan bersuara lantang di hadapan mana-mana kuasa besar sekalipun," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Reezal Merican yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas berkata, Malaysia akan terus menegaskan pendirian jelas menolak sebarang bentuk penindasan terhadap rakyat Palestin dan menyokong penuh hak mereka untuk merdeka dan berdaulat.
"Kehadiran Presiden Donald Trump ke Malaysia bukanlah atas jemputan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia atau rakyat Malaysia. Kehadiran beliau kerana tanggungjawab rasmi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia akan menggunakan kunjungan Trump sebagai platform diplomasi untuk terus menyuarakan isu Palestin dengan tegas dalam mempertahankan kebenaran namun dengan pendekatan berstrategi.
Selain Trump, beberapa pemimpin dunia termasuk dari Asia, Eropah, Kanada, Afrika dan Amerika Latin dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 itu, yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kunjungan Trump ke Malaysia
#Trump sah ke Malaysia
#ASEAN
#perjuangan Palestin
#Malaysia tuan rumah ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan