KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan agensi-agensi di bawahnya telah melaksanakan 187 program sepanjang tahun lepas yang memberi manfaat kepada 755,909 usahawan di seluruh negara.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata KUSKOP melalui agensi-agensi kementerian itu juga telah memperkenal dan melaksanakan lebih 22 program, skim dan bantuan baharu bagi tempoh yang sama.
Katanya dalam tempoh itu juga 292,530 individu telah mendapat manfaat daripada pembiayaan mikro kredit, geran keusahawanan pinjaman mudah dan pembiayaan alternatif melibatkan RM5.09 bilion yang disalurkan oleh agensi-agensi di bawah KUSKOP.
"Pembiayaan itu termasuklah mikro-kredit, geran keusahawanan, pinjaman mudah dan pembiayaan alternatif untuk kita bantu usahawan kita semua," katanya berucap pada Majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian sempena Rumah Terbuka Sambutan Krismas Kadamaian di sini semalam.
Perasmian majlis disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ewon berkata melalui program pembudayaan keusahawanan, 326,474 usahawan perusahaan, mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah menyertai 24 program yang dilaksanakan oleh kementerian dan agensi-agensi di bawahnya itu.
"Tahun ini KUSKOP akan melaksanakan beberapa inisiatif dan projek baharu, termasuklah Program Rangsangan Koperasi Pelancongan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Projek Tamu Desa," katanya.
Beliau berkata antara aspirasi utama KUSKOP tahun ini adalah untuk meningkatkan penyertaan usahawan PMKS dalam industri berimpak tinggi ubagi memperkasa rantaian bekalan domestik dan rantaian nilai global, untnuk meneruskan program pembangunan dan pengukuhan usahawan terlibat.
Pada majlis yang sama, Ewon turut menyampaikan penghargaan terhadap keprihatinan kerajaan Persekutuan yang menaik taraf jalan-jalan utama di kawasan itu, yang memudahkan penduduk kampung memasarkan hasil pertanian serta memberi keselesaan kepada para pelancong dan pengunjung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Ewon (dua, kiri) mengiringi Ahmad Zahid ketika melakukan gimik peluncuran pembangunan Kadamaian sempena rumah terbuka sambutan Krismas beliau di Dewan Terbuka Kadamaian Square Taginambur, Kota Belud, 8 Jan 2024. --fotoBERNAMA
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Kuskop terbuka kerjasama dengan institusi tawar latihan sektor tumpuan NIMP 2030
Kuskop terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional.
LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan
Kuskop memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya sedang dilaksanakan bagi menangani kelemahan yang ditegur serta syor dalam LKAN 2021 berkaitan geran pembangunan program PKS.
Kuskop sokong koperasi sekolah beri peluang murid belajar asas keusahawanan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyokong usaha koperasi sekolah yang berterusan untuk memberikan peluang kepada murid-murid mengenali asas keusahawanan.
Lima fokus utama Kuskop dalam Belanjawan 2024 - Ewon
Kuskop menggariskan lima fokus utama untuk direalisasikan menerusi Belanjawan 2024 bagi membangun ekonomi mampan dan mewujudkan negara keusahawanan yang unggul.
Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.
2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.