awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kutipan sampah pukal di Alor Setar ditambah

Bernama
Bernama
30/01/2013
03:29 MYT
Kutipan sampah pukal di Alor Setar ditambah
Kutipan sampah pukal di sekitar bandar raya ini akan ditambah sempena sambutan Tahun Baru Cina bermula 2 hingga 9 Feb bagi mengelak peningkatan sampah secara mendadak di musim perayaan.
Pengurus Jabatan Kualiti dan Audit Teknikal Environment Idaman Sdn Bhd (Envi) Bun Yin Ai An berkata enam unit lori pengangkut sampah jenis 'armroll' dan 'open tipper' akan disediakan bersama enam pemandu dan 42 pekerja bagi memastikan perlaksanaan jadual tambahan itu berjalan lancar.
"Sebelum ini kita buat kutipan sampah pukal dua minggu sekali tetapi sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina, kutipan sampah pukal akan dibuat secara berterusan selama seminggu membabitkan 158 taman perumahan," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata bagi kawasan lain, kutipan sampah dilakukan seperti biasa tetapi jika ada permintaan untuk membuat kutipan tambahan sampah pukul, mereka boleh menghubungi Pengurus Unit Perkhidmatan Alor Setar, Ahmad Zikry Badrin di talian 019-2368026 atau melalui talian bebas tol 1-800-88-7472.
Bun Yin berkata pada hari biasa, kira-kira 360 tan sampah domestik dikutip di sekitar Alor Setar dan jumlah itu meningkat sehingga 30 peratus setiap kali tibanya musim perayaan.
"Bagi sampah pukal, kutipan pada setiap kali musim perayaan meningkat kira-kira 20 peratus. Semua sampah pukal yang dikutip tidak dikenakan bayaran," katanya.
Topic Berkaitan
#Kutipan Sampah
#kutipan sampah puka
#Pengurus Unit Perkhidmatan Alor Setar
#Tahun Baru Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan