Kutipan zakat di Wilayah Persekutuan meningkat dari RM232.4 juta pada tahun lepas kepada RM275.5 juta tahun ini.
Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata jumlah yang dicatat setakat semalam itu turut menunjukkan pembayar zakat juga meningkat dari 96,348 orang pada tahun lepas kepada 108,417 orang tahun ini.
"PPZ menyasarkan untuk mengutip RM430 juta tahun ini dan kami yakin kutipan zakat akan meningkat dari masa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program komuniti 'Nur Hidayah' di Bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) hari ini.
Program komuniti 'Nur Hidayah' itu merupakan kerjasama julung kali antara PPZ-MAIWP dan Perkim, serta kerjasama kali kedua dengan Kuwait Finance House (KFH) untuk membantu golongan asnaf dan muallaf.
"Kerjasama antara Perkim dan KFH itu bertujuan membantu golongan asnaf muallaf dengan memberi motivasi kepada golongan itu dalam memperbaiki dan menambah nilai dalam menjalani kehidupan dan urusan seharian," katanya.
Beliau berkata program itu juga bertujuan memberi pendedahan tentang bantuan dan skim khususnya pada golongan asnaf dan muallaf yang disediakan oleh Baitumal Wilayah.
"Baitulmal Wilayah ada menyediakan 28 skim bagi golongan itu, antaranya skim usahawan/perniagaan dan deposit sewa beli teksi," katanya.
Antara bantuan yang ditawarkan Baitulmal Wilayah pula ialah bantuan kewangan bulanan, bantuan perubatan, bantuan perniagaan, bantuan segera dan bantuan perkahwinan.
Sementara itu pembantu pentadbiran di sebuah syarikat swasta Danish Hamizan Chee Abdullah, 33, yang memeluk Islam sejak tiga tahun lepas, berkata bantuan kewangan sebanyak RM200 setiap bulan sedikit sebanyak meringankan bebannya dalam kehidupan harian.
Bernama
Sun Aug 25 2013
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Pembidaan NPI Siri MADANI rekod kutipan RM2.62 juta - JPJ
Pembidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI yang dibuka pada 19 hingga 23 Okt lepas berjaya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak RM2.62 juta, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Ja
Hanya 435,000 daripada 1.5 juta syarikat berdaftar bayar cukai - PM Anwar
Hanya 435,000 daripada 1.5 juta syarikat yang berdaftar direkodkan membayar hasil cukai mereka kepada agensi berkenaan.
JAIPk tahan lelaki guna kutipan wakaf al-Quran bayar bil, sewa rumah, raih RM1,000 sebulan
Lelaki berusia awal 40an itu mengaku boleh meraih pulangan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.
Jabatan Kesihatan Melaka nafi anjur kutipan wang di luar premis kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka tidak pernah menganjurkan sebarang kutipan wang dari premis ke premis perniagaan oleh mana-mana kakitangan jabatan itu bagi tujuan membiayai buletin persatuan.
Kejayaan Avatar: The Way of Water, James Cameron pengarah pertama dengan tiga filem cecah AS$2 bilion
Filem pertama Cameron yang mencapai kutipan itu ialah Titanic pada 1997, diikuti Avatar pada 2009.
Banjir: Masjid, surau Perak kumpul sumbangan lebih RM300,000
Kutipan itu dibuat pada 24 Disember lalu melibatkan 622 masjid dan 63 surau diri Jumaat semasa umat Islam mendirikan solat Jumaat.
Polis Terengganu kutip bayaran saman lebih RM6 juta dalam tempoh empat hari
Sebanyak 371,042 saman trafik atas pelbagai kesalahan telah dilunaskan orang ramai di kaunter bayaran saman trafik.
Konsep kutipan makanan tanpa sentuh di R&R sepanjang Lebuh Raya PLUS
PLUS menawarkan kemudahan dan kutipan tanpa sentuh menerusi fungsi Pre-Order PLUS melalui Aplikasi PLUS yang menawarkan menu pilihan kepada pelanggan di 21 R&R terpilih.
RM1.2 juta berjaya dikumpul dalam tempoh 29 jam biaya kos perubatan bayi pramatang M'sia
Kutipan derma itu, yang diumumkan 28 Feb dalam portal NGO tersebut, berakhir pada kira-kira 5.45 petang semalam selepas mencapai matlamatnya.
LHDN kutip RM123.093 bilion cukai langsung tahun 2020
Kutipan yang dibuat adalah lebih 1.393 bilion atau 1.15 peratus lebih tinggi berbanding sasaran iaitu RM121.7 bilion.