awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWP peruntuk lebih RM1 juta bantu masjid, asnaf

Bernama
Bernama
05/04/2022
22:15 MYT
KWP peruntuk lebih RM1 juta bantu masjid, asnaf
Shahidan (tengah) ketika menyampaikan Sumbangan Nur Ramadan kepada wakil untuk beberapa buah masjid pada Program Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2022/1443H di Masjid Al-Firdaus, Segambut. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memperuntukkan bantuan wang tunai berjumlah RM519,500 kepada 824 masjid, surau dan surau Jumaat di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan bagi mengimarah suasana sepanjang Ramadan menerusi Program Nur Ramadan.
Menterinya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kementerian itu turut memperuntuk bantuan wang tunai berjumlah RM500,000 kepada 2,500 penerima golongan asnaf terdiri daripada anak yatim, warga emas, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) serta mereka yang kurang berkemampuan.
"Program Nur Ramadan adalah antara program tahunan KWP dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menyantuni golongan memerlukan, di samping memupuk nilai kasih sayang dan prihatin dalam kalangan komuniti Wilayah Persekutuan," katanya pada program tersebut di Masjid Al-Firdaus Segambut Luar di sini pada Selasa.
Pada majlis itu, 145 asnaf daripada 1,600 penerima di Kuala Lumpur menerima sumbangan wang tunai RM200 setiap seorang, selain sumbangan periuk nasi, beras dan kurma bernilai RM183,425.
Shahidan berkata KWP turut menyumbang RM3,000 kepada 13 mahad tahfiz terpilih di 13 Parlimen Wilayah Persekutuan bagi menghidupkan suasana Ramadan.
Program Nur Ramadan dilaksanakan secara kerjasama strategik dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Wilayah Persekutuan, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) dan McDonald's Malaysia.
McDonald's Malaysia juga menaja makanan moreh kepada kira-kira 8,500 orang sepanjang penganjuran program kali ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan asnaf
#Kementerian Wilayah Persekutuan
#Shahidan Kassim
#Program Nur Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan