KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) sedang meneliti hasil kajian berhubung cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengenai pelaksanaan had laju 30 kilometer sejam (km/j) dalam zon terpilih sekitar ibu negara serta 50 km/j di zon yang lain.
Menterinya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kajian yang dibuat itu mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum dimuktamadkan dan diumumkan dalam masa terdekat.
"Kami tahu banyak benda (perkara) yang dibuat pasti ada sahaja yang setuju atau tidak, tapi kami melihat juga pada kesesuaian penerimaannya daripada semua pihak.
"Oleh itu, pelaksanaannya nanti sudah pasti akan berlaku pelbagai pandangan. Apa yang penting, matlamatnya tercapai dan rakyat gembira untuk melaksanakannya," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-18 di sini hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS Datuk Suret Singh melalui ciapan di Twitternya memaklumkan pihaknya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bekerjasama bagi melaksanakan had laju 30km/j di zon terpilih di ibu negara dan 50km/j bagi zon lain.
MIROS mencadangkan had laju 30km/j bagi kawasan perumahan, bandar dan kampung sebagai sebahagian daripada perancangan keselamatan jalan raya kebangsaan untuk 2021 hingga 2030.
Cadangan had laju itu juga sebahagian daripada kempen 'Street for Life' di bawah Minggu Keselamatan Jalan Raya Global PBB ke-6 (UNGRSW), yang menyasarkan pemberdayaan komuniti di Asia Tenggara untuk melaksanakan had 30 km/j di kawasan pejalan kaki bercampur dengan trafik.
Sementara itu, Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan tahun ini dimeriahkan dengan kibaran lebih 100,000 bendera Wilayah Persekutuan membabitkan 71,000 bendera di Kuala Lumpur, 15,530 bendera di Putrajaya dan 18,000 bendera di Labuan dipasang di kawasan utama seperti jalan-jalan protokol, premis perniagaan, pejabat bangunan kerajaan dan kawasan perumahan rakyat.
Shahidan berkata pusat beli-belah seperti Pavilion KL, Suria KLCC dan Mid Valley Megamall dipilih kerana menjadi lokasi utama yang dikunjungi warga Wilayah Persekutuan serta mereka yang tinggal di negeri berdekatan sekali gus menggalakkan aktiviti pelancongan.
"Kempen ini khususnya bagi meningkatkan rasa cinta dan sayang serta sense of belonging kepada warganya dan kejayaan ini dapat menonjolkan imej masyarakat yang harmoni, prihatin, maju dan sejahtera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 03 2022
Kajian yang dibuat itu mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum dimuktamadkan dan diumumkan dalam masa terdekat. - Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Had laju jalan persekutuan dikurangkan 10km/j sempena Aidilfitri
Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bermula 8 hingga 14 April sempena perayaan Aidilfitri.
Had laju beberapa jalan dalam tapak warisan George Town dikurangkan kepada 40km/j
Kebanyakan jalan di tapak warisan sempit selain kenderaan sering dipandu laju terutamanya motosikal dan ia membahayakan orang awam.
Had laju tak naik, kekal 110 km/j
Kerajaan masih belum bercadang untuk meningkatkan had laju di negara ini.
Had laju jalan persekutuan dikurangkan 10km/j sempena Tahun Baharu Cina
Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bermula esok hingga 13 Feb sempena perayaan Tahun Baharu Cina, hujung minggu ini.
'Saman ekor' akan dihantar ke rumah
Saman secara pos atau 'saman ekor' akan dihantar ke rumah kepada mana-mana pengguna jalan raya di seluruh negara yang memandu melebihi had laju.
Pengurangan had laju langkah baik kurangkan risiko kemalangan di musim perayaan
Penguatkuasaan undang-undang tersebut hanya salah satu mekanisme yang mampu dilaksanakan oleh kerajaan.
Had laju di Jalan Persekutuan turun 10km/j mulai esok
Ia menjadikan had laju Jalan Persekutuan diturunkan daripada 90 km/j kepada 80 km/j sepanjang tempoh berkenaan.
MIROS bentang cadangan had laju kenderaan di pusat bandar pada April
MIROS yang mencadangkan perkara itu ketika ini masih membuat perincian dan penelitian mengenainya.
KWP teliti kajian pelaksanaan had laju di ibu negara
Kajian yang dibuat itu mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum dimuktamadkan dan diumumkan dalam masa terdekat.
Pemandu kereta bantah undang-undang had laju 30km/j di Paris
Pemandu teksi juga menyuarakan kebimbangan bahawa pelanggan sering meminta mereka memandu melebihi had laju.