awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pearly-Thinaah, Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke final Masters Indonesia
Pembangunan pendidikan Parlimen Hang Tuah Jaya dijangka meningkat RM1 juta
Sarawak perkukuh peranan sebagai hab tenaga hijau melalui Projek Penyambungan Grid Kuasa

Labuan galak budaya kebersihan demi kehidupan bandar lestari

Bernama
Bernama
24/01/2026
13:30 MYT
Labuan galak budaya kebersihan demi kehidupan bandar lestari
Bashir pada program BeST yang diadakan sempena sambutan hari Wilayah Persekutuan di Marina Awam hari ini. - Gambar Bernama
LABUAN: Labuan menjana purata kira-kira 150 tan sisa pepejal setiap hari meliputi sisa domestik, komersial serta sisa daripada pembersihan kawasan awam dan taman, sekali gus menekankan keperluan terhadap pengurusan sisa sistematik bagi menjamin kelestarian alam sekitar serta memanjangkan tempoh penggunaan tapak pelupusan sedia ada.

Ringkasan AI
  • Labuan menghasilkan purata kira-kira 150 tan sisa pepejal setiap hari, menekankan keperluan pengurusan sisa sistematik untuk alam sekitar yang lestari.
  • Komposisi sisa di tapak pelupusan di Labuan terdiri daripada sisa makanan, plastik, dan kertas, mencerminkan corak penggunaan penduduk dan aktiviti ekonomi.
  • Pengerusi Perbadanan Labuan menekankan kebersihan sebagai faktor penting dalam kesihatan awam dan menyeru masyarakat untuk bersama-sama menjaga kebersihan kawasan perumahan dan premis perniagaan.

Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Bashir Alias berkata komposisi sisa di tapak pelupusan di pulau bebas cukai itu sebahagian besarnya terdiri daripada sisa makanan, plastik dan kertas, yang mencerminkan corak penggunaan serta aktiviti ekonomi penduduk.
"Kecekapan pengurusan sisa bukan sahaja penting untuk perlindungan alam sekitar, tetapi juga berkait rapat dengan kesejahteraan bandar dan kualiti hidup masyarakat," katanya berucap pada program Bersih Semua Tempat (BeST) yang diadakan sempena sambutan hari Wilayah Persekutuan di Marina Awam di sini hari ini.
Beliau berkata tema sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini yang menekankan kesejahteraan bandar dan kelestarian wajar diterjemahkan sebagai budaya kebersihan yang menjadi amalan hidup seharian dan bukannya sekadar usaha bermusim.
Sebagai hab kewangan dan pelancongan, Bashir berkata Labuan perlu sentiasa kekal bersih, selesa dan memiliki daya tarikan khususnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
"Kebersihan antara faktor penting dalam kesihatan awam kerana persekitaran yang bersih dapat mencegah pembiakan nyamuk Aedes dan penularan penyakit berjangkit," katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai agar tidak meletakkan tanggungjawab menjaga kebersihan terhadap pihak berkuasa tempatan semata-mata sebaliknya bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan kebersihan kawasan perumahan serta premis perniagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyakit berjangkit
#pelancongan
#pbt
#Premis perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.