KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan memutuskan untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di kawasan itu.

Dalam satu hantaran di Facebook rasmi MKN WP Labuan memaklumkan, bagaimanapun terdapat sedikit pengubahsuaian dan memperketatkan kawalan pematuhan SOP sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP.

"Mesyuarat CMC Labuan memutuskan untuk mengikut SOP PKPP yang telah ditetapkan.

"SOP sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPP dengan sedikit pengubahsuaian dan memperketatkan kawalan pematuhan SOP. Maklumat lanjut akan menyusul," katanya.

 
Sumber Facebook mknwplabuan

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara berkuat kuasa 12 Mei hingga 7 Jun depan.

Muhyiddin berkata, berdasarkan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.

BACA: 'Sehingga ada arahan baharu, saya andaikan Sabah masih berstatus PKPB' - Masidi

BACA: PKP atau tidak di Sarawak akan diumumkan esok

Untuk rekod tiga kes positif dilaporkan di Labuan pada Isnin dengan jumlah keseluruhan kes kepada 2,488.

Selain Labuan, Sabah juga telah mengumumkan untuk tidak mengikut keputusan PKP dan meneruskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Manakala di Sarawak, keputusan pelaksanaan dengan SOP baharu akan diumumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada hari ini.