awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan komited perkukuh tadbir urus pendigitalan negara - Gobind
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, dipacu data positif IPP Disember
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lafaz kabul ringkas 'aku terima' atau 'aku reda' sah

Sinar Harian
Sinar Harian
16/10/2023
15:20 MYT
Lafaz kabul ringkas 'aku terima' atau 'aku reda' sah
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, ianya adalah sebagaimana pendapat jumhur ulama serta satu pendapat dalam mazhab Syafii. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Lafaz kabul ringkas seperti ‘aku terima’ atau ‘aku reda’ oleh pengantin lelaki sudah memadai dan mencukupi serta perkahwinan itu sudah dikira sah.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, ianya adalah sebagaimana pendapat jumhur ulama serta satu pendapat dalam mazhab Syafi‘i.
Menurutnya, hal ini kerana ia dapat difahami atau kembali semula kepada ucapan wali sebelumnya, maka jelas ucapan pengantin lelaki itu merujuk kepada pernikahan dan perkahwinan.
“Sekalipun begitu, kami tidak menafikan bahawa jika pengantin lelaki mengucapkan, ’aku terima nikahnya’ atau ‘aku reda nikahnya’ atau seumpamanya adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf, ini lebih ihtiyat dan sempurna,” katanya menerusi laman web Maktabah Al-Bakri pada Isnin.
Jelasnya. walau bagaimanapun, dalam konteks negara, hal ehwal yang melibatkan perkahwinan penganut-penganut beragama Islam berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam negeri masing-masing.
“Oleh itu, ia hendaklah dikembalikan atau merujuk kepada jabatan agama Islam masing-masing,” ujarnya.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lafaz kabul
#aku terima
#aku reda
#sah
#sabri yunus
#pengantin lelaki
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan